“Kur0snya Diana skrg, lagi cantik kalau berisi sikit” – Netizen

Lebih mesra dipanggil sebagai Diana Danielle, pelakon dan model popular ini memang terkenal dengan wajah cantik dan peribadi yang lembut. Pelakon dan model yang berbakat besar ini juga ternyata mempunyai drah kacukan Amerika dari ayahnya dan ibunya pula merupakan warganegara Malaysia. Maka tidak peliklah jika wajahnya memang persis orang putih kan.

Pasti ramai yg masih ingat lagi dengan lakonan hebatnya dalam filem-filem besar negara yang pernah mencetus fenomena seperti Evolusi KL Drift, Magika, Gol & Gincu dan banyak lagi. Tapi Diana kini dilihat lebih sering meluangkan masa bersama keluarga terutama suami dan anak-anak tercinta di rumah.

Siapa sangka selama menjalani pengambaran Evolusi KL Drift pada tahun 2009 itu akhirnya telah berjaya menaut hati Diana dan Datuk Farid Kamil.

Hubungan ini akhirnya telah mengikat hubungan mereka dengan ikatan perkahwinan pada tahun 2012. Kini, pasangan ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad dan Nur Aurora.

Melalui postingannya di laman Instagram, Diana telah memuatnaik video memasak bersama anak perempuannya iaitu Aurora yang telah mendapat komen negatif dari salah seorang warganet yang menegur bntuk  fizikal Diana.

Perkara ini akhirnya telah mendapat perhatian dari Diana sendiri apabila dia telah menegur netizen itu yang telah memberikan komen tentang berat badannya.

https://www.instagram.com/p/CQQzB-Gj4JB/

Netizen tersebut telah menyatakan bahawa Diana akan kelihatan lebih cantik jika dia dapat meningkatkan berat badannya. Tidak hanya diam, Diana juga telah membalas komen tersebut dengan memperingatinya untuk tidak memberikan komen sebegitu lagi.

Diana juga mengatakan dia tidak kisah berapa berat badannya asalkan dia dapat hidup dengan sihat dari sebarang penykit.

Kenyataan yang dibalas oleh Diana di ruangan komen itu telah disambut dan disokong oleh warganet lain yang turut merasakan kekecewaan yang dialami oleh Diana kerana ditegur tentang berat badannya itu.

Benar kata Diana Danielle, tidak kisahlah jika seseorang itu kur0s atau gmuk sekali pun. Orang lain tidak mempunyai hak untuk menghakimi seseorang dari fizikal luaran.

Diana juga sebelum ini sering berkongsi aktivitinya yang banyak dihabiskan untuk bersenam dan menemani suami melakukan aktiviti lasak di luar.

Asalkan masih menjaga kesihatan dan sentiasa bersenam tidak ada salahnya jika seseorang itu kelihatan kur0s mahupun gm0k.

Semoga Diana sentiasa bahagia disamping keluarga tersayang dan tidak menghiraukan segala komen negatif yang dilemparkan kepada dirinya.

Sumber: Instagram Diana Danielle

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!