“Korang ni buat aku rindu la” – Ashraf Mvslim

Jika sudah berada dalam satu kumpulan dan bekerja bersama dalam satu tempoh yang agak lama, tentulah akan merapatkan hubungan. Saat terpaksa berpisah selepas tamat masa untuk bekerjasama sudah pasti terasa berat, apatah lagi jika hubungan sudah mesra dan erat. Itu pastinya biasa dirasakan oleh kru dan barisan pelakon sesebuah drama atau filem.

Pastinya bekerjasama bersama membuatkan aktor kacak, Ashraf Mvslim tidak ketinggalan melahirkan perasaan itu kepada barisan pelakon movie, Nenek Bongkok 3, tatkala melihat kelibat kumpulan anak muda ini.

Melalui balasan komen pelakon, Syafie Naswip di ruangan hantarannya itu difahamkan penggambaran movie tersebut tamat semalam, selepas lebih tiga bulan barisan pelakon berkampung di set.

Pastinya bukan sahaja kru terlibat, netizen yang mengikuti perjalanan mereka melalui perkongsian hantaran di medsos beberapa bulan lalu juga terasa ‘perpisahan’ saat mereka sudah di penghujung shooting.

Ya lah… tentu ada suka duka yang dikongsi bersama saat bekerja dan menyiapkan penggambaran movie berkenaan. Eratnya kerjasama mereka, Syafie juga ada berkongsi hari jadinya juga diraikan kru di set lokasi.

https://www.instagram.com/p/ChDHiTcg_Fx/

Selain Syafie, antara barisan pelakon turut terlibat dalam penggambaran berkenaan ialah Hun Haqeem, Meerqeen, Fimie Don dan Sara Ali. Semua nama-nama ini pun sedang sama meningkat naik.

Dalam pada itu, Hun Haqeem juga men1nggalkan komen ‘Rindu already’. Syafie juga membalas komen yang merasakan mereka pasti ‘susah nak move on’ dengan memberitahu dia sendiri akan mengambil masa tiga ke empat bulan untuk berbuat demikian.

Masakan tidak, hubungan dah erat berbulan semasa di lokasi, pasti bila ‘berpisah’ masih terasa saat-saat bersama. Dalam hantaran video dikongsikan Syafie, bila barisan pelakonnya menyanyi bersama rasa sebak pula.

“chemistry on point”, “Suka laa korang punya friendship”, “NBT family / casts mmg the best, Sukaaaaa tgk korang. Xsabar nak tgk series ni”. Itu antara komen netizen.

Memang nampak di situ eratnya hubungan mereka dah macam satu keluarga ya… Bila nyanyi lagi ‘Bila Rindu’ ni pun bunyinya harmoni saja membayangkan pastinya mereka akan rindu satu sama lain nanti. Apa pun… all the best semua…

Sumber : IG Syafie Naswip

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!