“MasyaAllah baik je dia, tak rimas pun”- Netizen

Di zaman pndmik cvd ini, pelbagai jenis penyakiit sudah muncul dan mudah merebak serta berjangkit. Kesihatan sememangnya perlu diutamakan terutamanya buat anak-anak kecil. Mereka seharusnya perlu dididik untuk lebih menjaga kebersihan dan lebihkan pengambilan vitamin bagi imunisasi badan. Anak-anak kecil juga perlu diajar untuk memakai pelitup muka supaya terhindar daripada waabak v1rus.

Namun bukan mudah untuk memastikan anak-anak kecil ini mendengar kata. Ada kalanya susah untuk mereka ikut dan ada juga anak-anak kecil yang mudah mendengar kata.

Seperti cahaya mata perempuan milik Fazura iaitu Nur Fatima Aisya, anak kecil ini seorang yang mudah mendengar kata. Apabila Fatima berada di luar berjalan-jalan beraama ibu bapanya, Fatima sentiasa memakai pelitup muka dan sama sekali tidak menanggalkannya.

Good job Fatima, pandai dia pakai pelitup muka. Sikit pun tak rasa rimas bila pakai. Kalau sebahagian anak kecil yang lain, sudah tentu mereka buka selepas beberapa minit pakai pelitup muka.

Menerusi video dikongsi salah seorang peminat Fazura, kelihatan Fatima sedang memakai pelitup muka ketika keluar berjalan dan momen tersebut sempat dirakam oleh Fazura sendiri.

Fatima langsung tidak menunjukkan riak wajah yang rimas dengan pelitup muka dan nampak si cilik ini selesa memakainya.

Tak dinafikan, ibu bapa memainkan peranan yang penting bagi memastikan anak-anak rajin memakai pelitup muka di mana-mana sahaja.

Sementara itu, video Fatima yang dimuatnaik di Instagram itu telah menerima 12,000 tontonan dan pelbagai respon daripada netizen pada ruangan komen.

Malah ada juga sebahagian netizen sempat memuji sikap baik Fazura yang sudi memberi tanda suka pada video Fatima yang dimuatnaik oleh peminat Fazura sendiri.

Jarang sekali kita lihat selebriti memberi komen atau tanda suka kepada instagram fan page kan..

Alhamdulillah Fatima memang anak yang baik, walaupun manja dengan daddy dia tapi dengar kata. Bukan senang nak tengok anak kecil pakai mask setiap masa macam Fatima..

Sumber: Instagram lovelyfatima

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!