“Korang kena buat satu rancangan tv yg ada empat2 orang ni”- Netizen

Persahabatan yang bermula dari zaman muda hingga meningkat dewasa pasti akrab sehinggakan dianggap seperti adik-beradik. Hubungan itu membuat orang disekeliling senang dan terhibur jika persahabatan itu diteruskan. Sehingga mewujudkan Hashtag untuk mereka, sahabat selamanya dari zaman bujang hingga berumahtangga. Meskipun sibuk dengan urusan kerja, masih mencari masa untuk diluangkan bersama.

Persahabatan Jihan, Zarazya, Fafau, dan Shila Amzah dapat dilihat dari zaman remaja hingga kini. Mereka masih akrab dan bersahabat dengan baik.

Keakraban mereka disukai oleh peminat dan peminat meminta mereka digandingkan didalam satu rancangan tv. Sama ada rancangan spontan atau rancangan game show pun boleh.

Mereka mempunyai Hashtag istimewa iaitu saffjmzz. Iaitu ringkasan nama gabungan mereka berempat.

Perhubungan persahabatan mereka masih akrab meskipun masing-masing mempunyai waktu kerja yang padat. Namun mereka masih mencari ruang untuk melepak, berkongsi cerita bersama.

https://www.instagram.com/p/CZJQ_eDPfr6/?utm_medium=copy_link

Mungkin rancangan yang peminat inginkan seperti the house, atau rancangan mereka berempat mengacarakan, atau dijemput sebagai tetamu undangan. Kerana peminat sukakan keakraban mereka.

Komen diberikan semua menyukai persahabatan mereka yang jujur. Lebih 16 ribu sukaan diterima. Dan hampir 700 komen diberikan oleh para peminat.

Ada juga yang komen memang sesuai 4 sekawan ini, penyanyi, pelakon, pengacara dan penyampai radio. Ini antara komen para peminat.

Diharap persahabatan ini akan terus kekal ke akhir kerana ianya sesuatu yang menarik apatah lagi kawan baik berempat. Amat sukar nak mencari sahabat dimasa kini. Jika ada rancangan terbaru untuk 4 sekawan ini, pasti meriah sambutannya.

Sumber: shilaamzah

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!