“Elok je baby tu baring atas riba gitu. Omeyy” – Netizen

“Elok je baby tu baaring atas riiba gitu. Omeyyyy” ujar salah satu followers Shuib dalam satu foto perkongsiannya pada 14 jam yang lepas. Ramai netizen yang turut terasa dengan postingan Shuib kali ini, mungkin disebabkan oleh caption yang ditulis oleh Shuib itu. Sayu hati netizen tatkala membaca satu persatu ayat yang terkandung dalam caption foto perkongsian Shuib, masih ketara kesedihan yang dialaminya semenjak ditinggalkan oleh isteri tercinta. Biarpun begitu, Shuib tidak ada pilihan lain selain terus menjadi kuat dan redha dengan ketentuan ilahi demi anak-anak.

Shuib sememangnya seorang ayah yang tabah. Walaupun baru dilanda dengan episod sedih dalam kehidupnya, namun dia tetap kuat untuk menjalankan tanggungjawab sebagai ayah tunggal kepada empat anaknya hasil perkongsian hidup bersama allahyarham Siti Sarah sejak 10 tahun yang lalu.

Sangat diberkati hidup Shuib kerana dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah. Matin bukan sahaja sering menjaga Ayasah, tetapi juga sangat gemar untuk menelaah kitab suci Al-Quran.

Menerusi foto perkongsian Shuib yang terbaru, Shuib bersama-sama dengan Matin dan Ayash yang didukung di pangkuannya sedang mendalami ilmu agama bersama-sama. Sejuk hati para peminat Shuib nampak Shuib sedang mengajar Matin membaca Al-Quran. Ayash pula tidur lena di pangkuan ayahnya.

Foto ini walaupun baru dikongsikan melalui akaun Instagram Shuib pada 14 jam yang lalu, namun sudah berjaya mengumpul sebanyak 198,361 likes serta 917 komen.

Namun yang berjaya mencuri perhatian netizen adalah caption yang terpampang hasil nukilan Shuib. Perkataan yang terkandung di dalam 4 baris ayat-ayat perkongsian Shuib kelihatan amat mendalam maksudnya.

Rata-rata netizen turut menzahirkan perasaan masing-masing yang membuak-buak melalui ruangan komen perkongsian foto ini.

Kebanyakan netizen berasa comel dengan Ayash yang lena tidur di atas riba Shuib, sementara yang lain memuji Matin yang tengah fokus mendalami ilmu agama sambil diajar oleh Shuib.

Ramai warganet yang turut mengambil kesempatan untuk mendoakan kebahagiaan serta kesejahteraan keluarga kecil ini. Tidak kurang juga, ada netizen yang berdoa agar Ayash dan Matin akan menjadi anak yang soleh apabila dewasa kelak buat kedua-dua ibubapa mereka.

Semoga Shuib terus tabah dan kuat dengan ketentuan-Nya dan semoga anak-anak Shuib membesar dengan penuh ilmu agama di dada.

Sumber: Instagram Shuib

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!