“Taktahu pulak Tok Sidang ada anak perempuan”- Netizen

Apabila setiap artis diikuti, semenjak dari awal lagi, pasti sebelum dan selepas kahwin pun peminat tahu asal usul, maksudnya siapa anak, adik-beradiknya pun diketahui. Perkongsian Tok Sidang dengan kapsyen anak perempuan kami, yang baru pulang dari Scotland, membuat ramai netizen dan peminat bertanya mengenainya. Ramai yakin mereka mempunyai dua orang anak lelaki sahaja.

Seorang remaja perempuan bernama Qhailisha yang baru sahaja pulang dari Scotland selama 20 tahun lamanya, dan baru lepas kuarantin selama 14 hari, mereka kini bersua dan berjumpa.

Masih fasih berbahasa Melayu, dipuji oleh Tok Sidang masih tidak lupa asal usul meskipun sudah menetap di negara orang sudah lama. Tidak ada pelat slang pun.

Ramai yang terkejut, dan masih menjadi tanda tanya sama ada benar atau tidak. Ini kerana mereka, Tok Sidang dan Sis Sheila memang mempunyai ramai anak angkat dan mereka menganggap seperti anak sendiri dan mengaku anak sendiri.

Jadi ramai yang tidak pasti dan tiada jawapan sah dari mereka adalah ia benar anak kandung atau tidak. Jika mengikuti perjalanan karier Sis Sheila dan Tok Sidang, memang dua anak lelaki sahaja.

Mereka bakal menimang cucu pertama, perkhawinan anak sulung mereka, Elisya dan Luth. Mesti tak sabar menanti, dan pasti Elisya sangat manja kerana beliau betul-betul ‘anak perempuan’ mereka berdua.

Jika dilihat dalam ruangan komen, ramai berkata gadis tersebut memang ada mirip rupa paras Sheila dan Jinggo. Malah ada yang komen adakah ini anak kandung atau tidak.

Ada juga yang berani memberi komen tidak kerana peminat sudah lama mengikuti Sheila dari awal lagi, malah ada yang mengatakan adakah ia bakal menantu? Mungkin juga. Itulah dipanggil ‘anak perempuan’. Ini komen mereka.

Siapa pun gadis ini, beliau memang manis dan jelita sekali. Pasti berbakat dalam dunia seni kerana ‘anak’ Sis dan Tok Sidang ni selalunya begitu. Tahniah diucapkan kepada Tok kerana dapat berjumpa anak perempuan Tok yang sudah 20 tahun tak jumpa.

Sumber: ig jinggo_jspictures

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!