“Klu realiti xde pun perempuan senyum2 tgk lelaki beli pad, tak real situasi ni” – Netizen

Barang keperluan asas wanita sebenarnya memiliki banyak pelbagai jenis. Apabila kita sendiri nak kirimkan sesuatu barang keperluan asas wanita daripada adik lelaki atau suami,memang cukup mencabar bagi mereka. Bayangkan, golongan lelaki ini juga kena tahu jenis-jenis barang asas wanita supaya tak tersalah beli. Contohnya tuala wanita yang pelbagai jenis dijual di kedai runcit mahupun di super market.

Boleh keliru tau bila mereka cuba untuk pilih barang asas wanita mengikut kemahuan isteri, adik perempuan atau ibu mereka sendiri. Maka sebab itulah, golongan lelaki sekurang-kurangnya kena ambil tahu tentang jenis-jenis barang asas wanita hehe..

Seperti contoh, sebahagian video babak lakonan Redza Rosli menerusi drama Hati Tanpa Rasa telah mencuri perhatian ramai netizen menerusi laman Instagram.

Babak berkenaan cukup terbukti menggambarkan situasi sebenar yang sering dilalui golongan lelaki lebih-lebih lagi ketika membeli barang keperluan wanita. Mesti anda juga pernah alami situasi macam Redza, kan?

Babak lakonan Redza telah membuatkan ramai netizen berkongsi pendapat mereka masing-masing menerusi ruangan komen. Daripada situ kita dapat melihat reaksi wanita tatkala melihat video dikongsi Redza.

Selain itu, babak lakonan dua orang gadis yang ketawa senyum melihat Redza membeli tuala wanita telah menjadi perhatian apabila salah seorang netizen memberitahu, situasi sebegitu sebenarnya tidak betul.

Hakikatnya, jarang sekali wanita yang tersenyum tatkala melihat lelaki membeli tuala wanita di pasar raya. Dan situasi berkenaan hanyalah perkara normal sahaja.

Sementara itu, video dikongsi Redza itu telah meraih 104,000 tontonan dan pelbagai respon daripada netizen.

Ruangan komen dipenuhi komen-komen daripada wanita, memang dasyat ya.. Mereka juga merasakan, golongan lelaki yang bijak membeli barang keperluan wanita antara yang kita perlu respect.

Jarang lah tengok golongan wanita tersengih-sengih time nampak lelaki ambil tuala wanita. Lagi kita suka tengok diorang yang memang ambil berat tentang wanita.

Sumber: Instagram redzarosli

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!