“10 boipren, terus semua pg London plak nti nk control si Leona” – Netizen

Tiap anak pasti ada karenah masing-masing. Kadang ada yang mencabar keimanan, tak kurang juga yang mencuit hati. Lazimnya hanya ibu bapa yang memahami mampu mengendalikan anak mereka dengan baik. Macam apa dilakukan selebriti, Azhar Sulaiman ini. Sampaikan anaknya, Kasih Iris Leona rasa tak nak balik semula ke London setelah dapat berjumpa dia dan keluarga di Malaysia.

Punya ngam dengan bapanya, sebelum dihantar ke lapangan terbang, sempat juga Leona memberitahu yang dirinya mempunyai 10 orang teman lelaki kepada bapanya itu.

Kalau ramai anak dara lain mungkin tak berani beritahu macam tu dengan bapa, tapi tidak Leona. Terdahulu Leona memberitahu demikian selepas Azhar memesan agar Leona belajar bersungguh-sungguh.

Azhar juga sempat menasihati agar anaknya itu tidak ‘berboifren-boifren’ sebelum Leona memberitahu dirinya mempunyai teman lelaki seramai itu. Apa pun tampak anak gadisnya hanya bergurau…

Gamaknya sebab itu Azhar hanya memberi ‘am4ran’ akan menjentik telinganya nanti jika berbuat demikian. Kalau betul-betul Leona ada 10 boifren macam mana la reaksi Azhar pula ya.

Yang pasti mungkin mustahil apabila  Azhar sendiri sudah memberikan didikan dan tunjuk ajar yang baik buat buah-buah hatinya itu. Seperti dalam video ni, Leona memberitahu Azhar mahu ke masjid.

Dalam keadaan agak kelam dia sedang memasukkan barang ke dalam but kereta difahamkan untuk ke lapangan terbang, bapanya itu pula hendak menunaikan solat Subuh, beritahu Leona.

“Safe flight back to UK Leona”, “Beautiful family la memasing ada ragam dia”, “Suka tengok cara abg Har berkomunikasi ngan anak-anak, nampak ayah yg sgt penyayang, kak Chem pun tak garang. Admired tau”, “Baik je leona ni..manje2”.

Itu antara komen netizen. Ramai yang suka melihat sikap Leona yang manja dan makin ‘bam-bam’, sementara kakaknya Kasih tampak sedikit kurvs berbanding adiknya itu, tapi masih comel.

Tengok saja1ah gelagatnya masih mengantuk di saat perlu menghantar Leona ke airport. Seperti kehidupan netizen, masing-masing dalam keluarga ada ragam dan peel memasing. Yang penting happy family kan…

Sumber : IG Azhar Sulaiman

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!