“Sejak Fizo kahwin, Mawar dah macam tak tentu arah dah”- Netizen

Sejak pelakon dan usahawan popular Fizo Omar mendirikan rumah tangga buat kali kedua baru-baru ini, bekas isteri Fizo iaitu Mawar Karim sering menjadi tumpuan netizen. Apa saja posting yang dikongsi Mawar Karim, pasti netizen mula memenuhi ruangan komen dan ternanti-nanti dengan perkembangan terbaru Mawar. Nampaknya Mawar popular dalam kalangan netizen ni.

Seperti yang ramai ketahui, hubungan Mawar dan Fizo masih baik walaupun masing-masing sudah membuat haluan sendiri demi satu-satunya anak mereka iaitu Maryam.

Sememangnya Maryam perlu diberi perhatian sepenuhnya oleh Mawar dan Fizo. Malah Maryam juga mempunyai hubungan yang rapat dengan ibu tirinya, Fazeera.

Bercerita tentang Mawar, baru-baru ini Mawar menerima salah satu komen daripada warga netizen selepas memuatnaik sebuah foto. Netizen tersebut membuat andaian mengatakan Mawar seolah-olah masih tidak move on selepas Fizo berkahwin baru.

Walhal foto Mawar itu tidak menunjukkan sebarang reaksi yang sedih dan sekadar berkongsi foto dirinya sedang bercuti di salah sebuah pulau peranginan.

Komen dari netizen tersebut ternyata menerima respon daripada Mawar itu sendiri.

Mawar terus menjelaskan perkara sebenar dengan memberitahu postingnya di Instagram hanya sekadar berkongsi gambar sahaja dan tidak punya sebarang maksud yang tersirat.

Jelas Mawar lagi, Maryam masih bersama dengannya meskipun Mawar jarang memuatnaik video atau gambar bersama Maryam di Instagram

Dalam pada itu, netizen lain menyokong kenyataan yang ditulis Mawar dan memberi kata-kata positif buat Mawar. Dan ramai mengharapkan agar Mawar bakal dipertemukan jodoh satu hari nanti.

Kita doa yang baik-baik buat Mawar, semoga Mawar bertemu jodoh yang diinginkan.

Sumber: Instagram Mawarkarim
Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!