“Auto nenek cari cucu kalau kita dh kahwin”- Netizen

Bergelar seorang ibu sememangnya cukup membahagiakan. Kehadiran cahaya mata membuatkan si ibu secara semulajadi bersifat penyayang terhadap anak-anaknya. Malah dengan kehadiran cahaya mata yang pelbagai kerenah, memang riuh satu rumah. Tak dinafikan, cahaya mata adalah anugerah yang paling bermakna dari sang pencipta Allah Swt buat kita semua.

Apabila lahirnya cahaya mata, mereka menjadi tumpuan seluruh keluarga termasuklah ibu bapa kita sendiri. Apa sahaja tentang si cilik, pasti jadi perhatian ramai.

Bukan itu sahaja, sejak bergelar ibu pastinya kita teruja untuk berkongsi video atau foto anak kecil di laman sosial media. Di zaman yang serba moden ini, rata-rata selebriti termasuklah netizen sendiri sudah punyai akaun laman sosial media milik anak sendiri. Korang juga pasti begitu kan?

Malah paling teruja sekali buat ibu apabila membuat panggilan video bersama orang tua, mereka pasti akan menunjukkan gelagat anak-anak pada orang tua. Kepada yang bergelar ibu je faham perasaan sebegini, teruja habis tau.. Cuma dahulunya panggilan video untuk kita seorang tetapi selepas bergelar ibu terpaksa lah tu juk video semua anak-anak dekat datuk nenek mereka hehe..

Buktinya, Adira sendiri memberi gambaran realiti sebenar ibu-ibu apabila membuat panggilan video bersama orang tua. Datuk dan nenek lebih teruja untuk melihat cucu kesayangan mereka tau hehe..

Video Adira telah mencuri perhatian ramai netizen yang rata-ratanya golongan ibu juga. Konten video yang dibuat Adira telah memang betul-betul terjadi dalam kehidupan seharian kita sebagai ibu.

Ramai netizen terutamanya wanita memberi pelbagai respon menerusi ruangan komen. Ramai bersetuju dengan posting video Adira.

Sementara itu, video Adira telah menerima 121,000 tontonan sejak dikongsi Isnin. Ada sahaja gelagat lucu Adira yang mencuit hati netizen.

Adira juga sentiasa menghiburkan netizen dan semakin melucukan sejak bergelar ibu. Seronok tengok video Adira sekarang..

Memang betul sangat situasi yang Adira bagi tu. Golongan mak-mak je tahu hehe.. Korang mesti pernah macam tu kan?

Sumber: Instagram adira.suhaimi

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!