“Baru nak puji rajin, disembur nya ke udara pula” – Netizen

Selalu saja kita melihat telatah anak-anak kecil kita yang begitu comel. Suka betul kan layan karenah dan telatah mereka semua ni. Terbahak-bahak kita dibuatnya layan segala macam perangai diorang tu kan. Anak-anak korang mesti jenis yang suka melawak juga kan.

Budak-budak kecil ni, banyak sangat ragamnya, kejap nak jadi macam tu lah, kejap nak jadi macam ni lah. Kadang tu, idea mereka ni memang sangat melucukan. Tak pernah terfikir pun oleh kita untuk buat macam tu dan macam ni. Apa idea lucu yang pernah anak korang lakukan ?

Sebagai ibu bapa, sudah semestinyalah kita yang kena layankan saja perangai anak-anak kesayangan kita tu. Kalau di sekolah, dia ada kawan, kalau dekat rumah, kitalah yang kena layan segala macam perangai mereka tu kan. Macam-macam sangat ragam nya, tak terlayan oleh kita.

Ada dimuat naik video anak kesayangan Achey yang bernama Tiara. Kalau dah nama ayah nya seorang pelawak, sudah tentu anaknya juga mewarisi lawak ayah mereka kan ? Hehe, bak kata pepatah mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.

Achey yang sedang mencari di manakah anak kesayangan nya itu,  puas dah kot ayah nya mencari, pelik juga kan tiba-tiba senyap je takda dengar suara anak kesayangan nya itu. Ke manakah agaknya Tiara pergi, pelik ayah dia.

Rupa-rupanya, Tiara ada sebuah bilik dan sedang membuat kerja rumah. Bagus betul tau Tiara nak tolong parents dia kemas rumah. Bak kata orang, sejuk mata mak yang melahirkan, hehe. Betul lah tu apa yang orang kata tu kan ?  Hahah

Tapi yang peliknya, Tiara sembur air sabun ke atas meja, time kesat air sabun tersebut, ada ke patut dia tolak air tersebut, dan gayanya macam nak buat burger tau. Terbahak-bahak tengok gelagat Tiara tu. Tak tahu nak buat burger ke nak kemas meja.

Tak lama kemudian, terus disemburnya air semburan tersebut ke atas. Haha, dik ingat tu pewangi ke dik. Terbahak-bahak kita dibuatnya, banyak sungguh eh akal awak ni. Dah siap cuci meja nak cuci udara pula ke dik ? Ngekek gelak tau.

Justeru, memang tak dapat dinafikan bahawa gelagat Tiara itu sangat melucukan. Korang semua cuba kongsikan perangai lucu anak-anak korang semua. Sudah pasti menghiburkan hati kita kan ? Terbahak kadang tu nak layan perangai mereka ni.

Sumber : Ig Acheykintangkintung

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!