“Kita pun tak tahu Fatima nak nangis ke nak gelak”

Baru- baru ini pasangan sensasi Fattah Amin dan Nur Fazura telahpun menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke lima. Umum mengetahui bahawa pasangan sama cantik sama padan ini telah bertemu jodoh apabila kedua- duanya berlakon bersama menerusi drama Hero Seorang Cinderella. Ternyata jodoh sememangnya kuat buat pasangan ini apabila mereka berdua mengambil kepuutusan untuk mendirikan rumahtangga pada 27 November 2017.

Para peminat yang merestui hubungan mereka berdua ketika itu sangat mengharapkan hubungan berkenaan menjadi kenyataan. Malahan kehadiran cahaya mata pertama iaitu Nur Fatima Aisyah sejak bulan Oktober 2020 telah melengkapkan lagi kehidupan berumahtangga mereka.

Penampilan Fazura semakin jelita sejak beliau mengenakan hijab, malahan beliau juga telah melancarkan jenama tudung di bawah label beliau sendiri iaitu Tudung Fazura.

Memiliki suami penyayang dan kini telah mempunyai perniagaan yang semakin stabil membuatkan kehidupan Aktres Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-27 itu juga semakin sempurna.

Sebagai pasangan selebriti yang dikenali ramai, apa juga perkongsian mereka di media sosial akan menjadi tumpuan dan perhatian orang ramai. Kemesraan pasangan ini juga sering membuatkan para pengikut akaun Instagram mereka bersemut melihat kebahagiaan mereka berdua.

Fattah dan Fazura mempunyai peminat yang cukup ramai sehingga para peminat mewujudkan Instagram yang berkongsikan kehidupan peribadi, perniagaan dan aktiviti pasangan ini.

Menerusi perkongsian terbaru di salah satu Instagram peminat pasangan berkenaan, satu video yang memaparkan Fazura membawa anaknya Nur Fatima Aisya untuk sesi suutikan v4ksin telah di kongsikan.

Lumrah kanak- kanak yang berhadapan dengan situasi tersebut pastinya akan menangis. Begitu juga yang di hadapi oleh Fazura apabila terpaksa bersabar untuk meredakan t4ngisan Fatima.

Menariknya gelagat Fatima ketika itu, emosinya seakan bercampur antara menangis dan ketawa apabila rakan- rakan Fazura turut membantu memujuk Fatima sehingga membuatkan kanak- kanak tersebut menahan ketawanya sambil menangis.

Rata- rata peminat m3ningg4lkan komen di perkongsian berkenaan dengan mengatakan bahawa mereka merasa cukup terhibur dengan gelagat Fatimah itu.

Comel betul Nyamma yang merupakan nama timangan Fatimah ketika cuba menahan ketawanya. Mungkin Nyamma juga mempunyai bakat lakonan yang di warisi daripada kedua ibu bapanya. Wajah comel Fatima ketika men4ngis juga saling tak tumpah seperti ibunya. Berikut di kongsikan komen- komen netizen.

Anak pasangan ini iaitu Nur Fatima Aisya kini semakin membesar dan semakin panjang akal. Comel betul Nyamma ni tahan ketawa sambil menangis. Gelagat Fatimah juga ternyata mencuit hati peminat yang geram dengan kecomelan si cilik itu.

Sumber: ig fazurafancy.kl

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!