“Ala comelnya, tp knp awal sgt 4 bulan, normal 6 bulan”- Netizen

Nama Elisya Sandha semakin di kenali sebagai pelakon wanita di Malaysia. Selain berlakon, pemilik nama penuh Nur Elisya Sandha Binti Hassan ini juga merupakan seorang pengacara dan model. Beliau merupakan adik kepada pelakon Fasha Sandha. Nama beliau mula di kenali setelah berlakon menerusi beberapa drama antaranya Nasi Kerabu Untuk Che Abe, Ratu Ten Pin dan terbaru sebagai Alia di dalam filem Rasuk.

Meskipun baru berusia 23 tahun, namun Elisya membuat kepuutusan untuk menamatkan zaman bujang setelah bertemu jodoh dengan anak sulung penerbit dan pengarah Shiela Rusly iaitu Uzair Haqimy.

Elisya dan suaminya Uzair Haqimy mendirikan rumahtangga pada 21 Ogos 2021. Pasangan berkenaan di kurniakan anak sulung mereka yang di beri nama Bunga ElHaq pada 18 Jun yang lalu. Menjadi cucu sulung di dalam keluarga Shiela Rusly, Elisya cukup bersyukur apabila Bunga Elhaq di sayangi oleh seluruh ahli keluarga terutamanya ibu mertuanya Shiela Rusly.

Kehadiran Bunga ElHaq cucu sulung perempuan itu sememangnya di nantikan oleh mereka sekeluarga memandangkan Sheila tidak mempunyai anak perempuan.

Kini Bunga sudahpun berusia 5 bulan. Wajah Bunga yang comel sentiasa menarik perhatian para netizen yang cukup gemar melihat gelagat dan telatah bayi tersebut yang di layani dengan penuh kasih sayang oleh Shiela bersama suaminya Jinggo.

Elisya yang aktif di media sosial berinteraksi bersama para peminat, kerap berkongsi aktiviti kerjaya dan juga kehidupan seharian menerusi Instagram.

Niat ibu muda tersebut hanya mahu berkongsi pengalaman dan di jadikan sebagai kenangan perkembangan anaknya Bunga. Menurut Elisya, beliau membuat kepuutusan memberikan makanan pejal kepada anaknya itu pada usia 4 bulan 13 hari setelah mendapat nasihat dktor.

Elisya juga berkata beliau juga masih belajar untuk memberikan yang terbaik buat Bunga. Kongsi Elisya lagi, makanan pejal pertama beliau berikan kepada Bunga adalah nasi.

Bagaimanapun perkongsian terbaru beliau mengenai anaknya Bunga yang sudah mula di berikan makanan pejal pada usia 4 bulan mengundang perdebatan para netizen di ruangan komen.

Menjengah keruangan komen, pelbagai cadangan dan juga nasihat yang di tinggalkan netizen kerana risaukan keadaan Bunga dan juga kepuutusan Elisya berkenaan. Berikut di kongsikan komen- komen mereka.

Elisya berkata beliau juga sudah mendapatkan nasihat doktor sebelum yakin untuk menyuapkan Bunga makanan pejal. Netizen juga mendoakan kesihatan Bunga dan membesar dengan sihat.

Mudah- mudahan Bunga membesar menjadi anak yang solehah dan sentiasa membanggakan kedua ibu bapanya kelak.

Sumber: Instagram Elisya Sandha

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!