“Kita pulak terauto ikut ekspresi muka tu”- Netizen

Mungkin ramai yang kurang mengenai pemilik nama Khairul Anuar Azmi, namun jika beliau mula membuka mulut pasti ramai akan mengenali suaranya yang sentiasa menjadi ‘penyeri’ sesebuah majlis. Malahan suara mahal yang di miliki oleh beliau juga turut membawa tuah kerana sering menjadi pilihan untuk menjadi suara latar promosi iklan produk dan juga pelbagai rancangan televisyen.

Khairul Anuar sudah berkecimpung dalam bidang suara latar ini selama lebih 15 tahun. Kerjaya unik beliau ini telah membawa beliau ke pelbagai peringkat termasuk lah melakukan acara berprestij negara.

Ternyata ramai yang kagum dengan gaya penyampaian dan intonasi suara beliau. Baru- baru ini, Khairul Anuar menjadi suara latar untuk Anugerah Juara Lagu ke 37. Anugerah Juara Lagu 37 (AJL 37) merupakan anugerah muzik berprestij yang mengangkat martabat komposer, penulis lirik dan penyanyi.

Setiap tahun, AJL akan menobatkan pemenang dalam kategori Persembahan Terbaik, Vokal Terbaik, Tempat Ketiga, Tempat Kedua dan Juara Lagu. Anugerah Juara Lagu sememangnya sebuah anugerah yang di tunggu oleh penggiat seni setiap tahun.

Menerusi satu perkongsian di Instagram yang merupakan pemilik kepada suara di sebalik tabir anugerah berprestij berkenaan, pelantun suara yang bernama Khairul Anuar Azmi itu berkongsi sedikit rakaman ‘voice over’ yang di lakukan oleh beliau di majlis berkenaan.

Suara beliau sebagai pembuka majlis tersebut juga turut di ikuti dengan gema suara sorakan kuat para penonton di konsert Anugerah Juara Lagu menjadikan suasana yang di lihat di dalam rakaman begitu meriah.

Malahan Khairul sendiri begitu teruja dengan suara sorakan kuat para penonton yang membanjiri konsert Anugerah Juara Lagu di dalam stadium ketika itu.

Mengintai ke ruangan komen, reaksi wajah Khairul dan nada suara beliau ketika melakukan ‘voice over’ itu mencuri tumpuan para peminat.

Selain para pendengar yang turut berkongsi rasa teruja dengan gaya dan lontaran suara Khairul, para pengikut akaun Instagram juga berkata mereka bertuah dapat melihat rakaman situasi di belakang pentas yang di kongsikan oleh Khairul itu.

Tidak salah untuk mengatakan bahawa mood dan suasana yang di bawakan oleh seorang ‘voice over’ sebenarnya mampu untuk menaikkan semangat para penonton dan mengekalkan suasana meriah sesebuah majlis. Berikut di kongsikan komen- komen netizen.

Buat seseorang ‘voice over’ yang cukup berpengalaman seperti Khairul Anuar Azmi ini, lontaran suara yang cukup bertenaga dan mengujakan oleh beliau telah berjaya menambah kemeriahan di Anugerah Juara Lagu pada malam ahad lalu. Tahniah di ucapkan.

Sumber: ig khairulanuarazmi

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!