“Bagus Sherry tak lupa asal usul” – Bell Ngasri

Menjadi bualan peminat-peminat dirumah, apabila Jihan Musa dan Sherry Alhadad menjadi pengacara Ajl baru-baru ini. Penampilan mereka dan gandingan mereka membuatkan nama mereka disebut-sebut ketika program tersebut. Seronoknya melihat mereka bergandingan, dan ramai peminat merindui juga keletah dan keriangan mereka bergandingan apabila mengacara sesebuah program. Sudah tentu mereka mempunyai peminat yang pelbagai malah mempunyai peminat yang tidak mengira usia.

Tetapi sebenarnya bukan itu yang mahu diceritakan di perkongsian ini, melihat perkongsian Sherry, beliau mengenakan pakaian seragam pengawal keselamatan. Lalu ramai yang bertanya apakah yangbterjadi sebenarnya.

Ramai yang menyukai Sherry dek kerana dia bersikap seorang yang sangat peramah dan periang. Beliau juga seorang yang sangat berwibawa malah beliau seorang yang berdikari dan kuat bekerja.

Melihat Sherry memakai seragam sedemikian membuatkan ramai yang terhibur malah ada yang masih tertanya, sudah pasti ada lakonan yang beliau lakonkan. Ada juga mengatakan bahawa Sherry buat kerja separuh masa.

Takkan calon suami pula Sherry oi, semuanya dikapit oleh jejaka luar negara, harap kerjayanya akan berterusan walaupun sebenarnya ia adalah lakonan semata-mata. Ramai yang terhibur lebih kepada mereka yang memberikan komen-komen.

Sherry memang berkenyakinan tinggi malah beliau sangat cantik semenjak mendapat pelbagai tawaran bekerja. Peluang bekerja memang banyak untuknya dan beliau sangat dimurahkan rezeki. Hasil beliau berusaha dengan sendiri.

Sherry suka melawak dengan spontan malah beliau juga sangat berperwatakkan mesra dan sangat selesa sesiapa sahaja yang mendekatinya.  Dia pula suka melawak dan sentiasa ada kapsyen lawak spontan darinya.

Pelbagai komen yang diberikan sehingga 60 komen lebih diberikan kepada perkongsiannya. Sehingga kini masih kekal dalam industri lakonan dan beliau juga masih bertahan dalam bidang pengacaraan.

Netizen punya komen diruangan komen yang membuatkan keadaan bertambah lucu. Apatah lagi Bell yang memang pelawak. Lagi lawak jadinya perkongsian gambar Sherry.

Sumber: ig sherryalhadad

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!