“Comey nyaa, macam anak itik dah tengok dia jalan”- Netizen

Tidak dapat dinafikan bahawa anak-anak kecil semuanya comel belaka. Banyak sangat ragam mereka yang melucukan hati kita semua. Kejap macam tu, sekejap lagi macam ni. Tak menang tangan kita sebagai ibu bapa nak handle perangai anak-anak ni semua.

Ibu bapa sudah pasti suka layankan karenah anak-anak mereka, lebih-lebih lagi jika anak masih kecil dan anak sorang. Lebih-lebih jadi seperti princess kepada ibu bapa mereka. Nak itu ini semuanya dia dapat. Anak emas lah katakan, kesayangan mama papa.

Ada dimuat naik video anak kepada pasangan Ayda Jebat dan Nabil Mahir yang bernama Nayla. Rasanya semua sudah cukup mengenali si comel tu. Budaknya gebu dan sangat pintar. Tak padan dengan kecil, lagaknya seperti orang dewasa dah katakan.

Video mereka di sebuah kedai alatan sekolah. Di mana Nayla yang disuruh oleh papa nya untuk memilih bag manakah yang ingin dibeli nya. Banyak sangat piliha beg di kedai tersebut. Kalau kita boleh rambang mata, inikan pula si kecik, sebab tulah duduk ke hulur hilir pilih beg dia tu.


Sampailah papa bagi pilihan nak beli yang mana, antara warna biru dan pink. Terus diambil nya satu persatu angkat nak beli kedua-dua nak beli dua-dua bag tersebut . Tak tahu nak pilih mana satu punya pasal, sampai diangkat nya kedua-dua beg tersebut.

Rata-rata netizen semuanya terhibur dengan aksi si comel itu. Mana taknya, dengan baju dan hoodie yang dipakai nya tu, cara berjalan pun lagak macam orang besar sangat, tak padan dengan kecil, lagak macam orang dewasa. Sebab tulah netizen geram sangat dengan dia.

Adakah Nayla beli beg sebab dah nak masuk class dan bersekolah ? Rata-rata ibu bapa ada yang menghantar anak mereka seawal usia dua atau tiga tahun ke sekolah. Sama ada ibu bapa bekerja dan tidak mempunyai sesiapa untuk menjaga anak mereka di siang hari, atau pun ingin melatih dari kecil supaya suka ke sekolah.

Antara komen netizen ialah “muka selamaba je x senyum tp comey naw”, “kalau boleh dapat dua, nape perlu pilih satu…kan nanay kan”, “pandai nye awak..besuk besar mesti pandai..masyaALLAH anak yang solehah”, dan banyak lagi. Comel kan Nayla ni.

Kan sudah terbukti bahawa Nayla boleh dapat kan kedua-dua beg tersebut, apa salah nya kalau minta dekat mama dengan papa dia kedua-dua beg tersebut kan ? Sudah pasti mama dan papa dia kasi saja dia beli beg tersebut. Tapi, beli satu pun sudah memadai, guna sampai r0sak, kemudian baru beli yang baharu, betul tak ?

Sumber : Ananylaofficial

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!