“Kita lock ada lekuk kat dahi, selalu sujud…” – Awal Ashaari

Nama selebriti Elly Mazlein tidak asing lagi dalam industri hiburan Malaysia. Ramai mengenali Elly Mazlein atau digelar Kak Kepom oleh netizen ini seorang yang ceria dan menghiburkan. Meskipun mengacara atau berlakon, kedua-duanya mampu menghiburkan ramai penonton dengan gelagatnya. Sebelum ini juga Elly Mazlein pernah menjadi perhatian ramai menerusi lakonan mantapnya dalam drama Kampung People. Semua slang yang disebut Elly Mazlein dalam drama tersebut jadi viral di laman sosial media tau.

Beliau juga cukup bahagia melayari alam perkahwinannya bersama suami beliau iaitu Cikgu Azlan. Pasangan suami isteri ini sememangnya cukup romantik dan sentiasa mencuri perhatian netizen. Ada sahaja posting mereka berdua yang buatkan netizen ‘cemburu’ hehe..

Untungnya Kak Kepom kita ini… Bercinta sakan dengan suami ye walaupun dah timang cahaya mata baru-baru ini.

Melihat pada perkembangan terkini Elly, beliau sibuk menguruskan anak-anak dan suami meskipun jadual padat dengan kerjan hakikinya.

Namun di sebalik kesibukan Elly lebih-lebih lagi ketika cuti raya ini, beliau masih sempat berkongsi posting video dan foto romantiknya bersama suami tercinta.

Foto mesra bersama suami yang dikongsi Elly sekali lagi menjadi perhatian netizen termasuk rakan-rakan artis.

Malah komen daripada Awal Ashaari turut menjadi tarikan ramai netizen. Mereka juga memberi andaian, cikgu Azlan seorang yang rajin menunaikan solat.

Sementara itu, foto Elly itu telah menerima hampir 20,000 tanda suka dan komen ucapan raya daripada peminat-peminatnya.

Komen oleh Awal juga telah berjaya mencuri perhatian ramai apabila mereka juga menyedari tanda lekuk pada dahi Cikgu Azlan menunjukkan beliau seorang yang sememangnya rajin menunaikan ibadah.

Alhamdulillah beruntungnya Kak Kepom dapat suami yang mithali macam Cikgu Azlan. Patutlah makin bertambah romantik tengok hubungan suami isteri ini..

Sumber: instagram iamellymazlein

Artikel ini disediakan oleh Media
Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!