“Meqela sungguh hampa dua noh” – Netizen

Tahun ini merupakan tahun pertama buat pasangan Uqasha Senrose dan suaminya Kamal Adli menyambut lebaran sebagai pasangan suami isteri. Sebagai isteri mithali, di tahun pertama ini Uqasha mengalah dan mengikuti Kamal untuk pulang ke kampung beliau di Kedah. Beberapa keping gambar yang memaparkan Uqasha dan Kamal menyambut aidilfitri bersama juga turut dimuatnaik oleh pasangan ini di Instagram masing- masing.

Para peminat yang sejak dahulu menyokong hubungan pasangan ini amat gembira dengan perkongsian pasangan ini yang kini sedang di ulit kebahagiaan setelah bertemu jodoh di set penggambaran drama Setelah Terlafaznya Akad musim pertama.

Khabarnya mereka berdua kini sedang menjalani penggambaran drama bagi Setelah Terlafaznya Akad 2 setelah kejayaan drama berkenaan pada musim pertama dahulu.

Lebih manis lagi gandingan mereka kali ini sebagai suami isteri di dalam drama juga adalah gandingan suami isteri di dalam realiti.

Berita pernikahan pasangan ini agak mengejutkan para peminat namun warganet menyambut berita tersebut dengan penuh rasa gembira dan syukur di atas penyatuan dua hati itu. Cantik betul wajah Uqasha dalam persalinan pengantin.

Setelah sekian lama berteka teki dengan para peminat mengenai tarikh pernikahan, pasangan sensasi Kamal Adli dan Uqasha Senrose akhirnya telah mengumumkan mengenai majlis pernikahan mereka berdua yang telahpun berlangsung pada 5 November yang lalu.

Kedua- dua pasangan merpati dua sejoli itu di fahamkan melangsungkan pernikahan di sebuah majlis tertutup di Janda Baik. Satu sidang media ringkas juga telahpun di adakan oleh pasangan berkenaan untuk berkongsi mengenai berita gembira pernikahan mereka kepada para peminat.

Kamal dan Uqasha menjelaskan berita pernikahan mereka berdua terpaksa di rahsiakan terlebih dahulu kerana terikat dengan hak eksklusif Astro untuk merakamkan majlis perkahwinan mereka. Bagaimanapun mereka berdua mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga yang sudi menghorm4ti permintaan tersebut.

Menerusi instagram peminat pasangan ini, satu video yang memaparkan pasangan ini sedang menyambut lebaran pertama sebagai suami isteri telahpun di kongsikan di Instagram berkenaan. Kamal dan Uqasha berpakaian sedondon berwarna hijau dan membuat sedikit ucapan ringkas kepada para peminat mereka.

Namun begitu mengenali pasangan ini yang sememangnya merupakan pasangan yang serasi dan “masuk air” mereka berdua berkata sambutan hari raya tahun ini menjadi lebih bermakna kerana dapat menyambutnya bersama pasangan masing- masing.

Walaubagaimanapun, gelagat teruja mereka dan gaya percakapan dalam loghat kedah itu sangat mencuit hati para peminat.

Menjengah keruangan komen, rata- rata netizen berkata mereka terhibur dengan gelagat pasangan ini yang kelakar dan sering bergurau bersama para peminat mereka.

Malahan di dalam video tersebut, penampilan Uqasha yang berselendang juga telah menarik perhatian warganet sehingga para peminat mendoakan pelakon Telah Terlafaznya Akad itu kembali bertudung.

Wajah manis dan ayu Uqasha begitu menyerlah apabila mengenakan tudung.  Rata- rata peminat juga memuji penampilan Uqasha.

Sememangnya wajah Uqasha sejak dari dahulu lagi sangat cantik apabila bertudung. Berikut dikongsikan komen- komen netizen.

“Ha Ha ha… Singgah mai Pmtg Pauh.. Lajak depan jumpa lahar Yooi.. Salam Lebaran dari Kami yg Jauh.. Kalau selisih jgn lupa kelooiii..” – Netizen

“Makbul doa ibu ko orang berdua ni nikah.. bila tengok kalian berlakun selalu kata dalam hati, budak 2 ni serasi nau… Sesuai jadi suami isteri. Semoga kekal bercinta hingga ke syurga ye. Kamal Adli jaga Uqasha elok2 ye. Jangan kecilkan hati dia. Nanti kita orang sedih sama” – Netizen

Terdahulu, keserasian pasangan tersebut setiap kali menjayakan watak bersama sebagai pasangan suami isteri menyebabkan para peminat juga menyokong hubungan mereka berdua menjadi realiti.

Difahamkan, pada awalnya pasangan ini merancang untuk bernikah sekitar bulan Jun tahun lalu namun di sebabkan Perintah Kawalan Pergerakan, hasrat pasangan tersebut terpaksa di tunda ke November 2021.

Sumber: ig qasha.kamal

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!