“Kesian Amir Masdi kat sebelah tu, respek la sikit org single” – Netizen

Serba salah dibuatnya kalau orang yang masih bujang terpaksa duduk dan lihat pula kemesraan pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga. Lebih-lebih lagi apabila terperangkap di dalam situasi tersebut ketika sedang bersendirian pula. Begitulah lucunya melihat reaksi spontan Amir Masdi ketika terpaksa duduk dan melihat kemesraan rakan artisnya itu iaitu Ayda Jebat bersama suami.

Sejak kebelakangan ini nama Amir Masdi mula melonjak naik kembali setelah tularnya nyanyian cover bagi lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah di media sosial. Suaranya yang seakan rockstar itu ternyata diminati ramai sehingga mendapat banyak jemputan nyanyian yang cukup membanggakan.

Amir Masdi dan Ayda Jebat keduanya telah bergandingan dalam sebuah upacara produk minuman terkenal Milo sempena hari Malaysia yang lalu. Upacara yang berlangsung dengan meriah itu turut dihadiri oleh suami tersayang Ayda iaitu Nabil Mahir disisi.

Bukan hanya setia menemani si isteri, disana Nabil Mahir juga turut ikut serta bagi menjaga penampilan Ayda ketika rambutnya sedang diterpa angin kuat dari kipas. Disitulah terjadinya kejadian lucu yang sempat dirakamkan oleh pihak radio Era dan dimuatnaik dalam Instagram mereka.

Netizen dan peminat masing-masing mengandaikan bahawa makeup artis lah yang datang secara tiba-tiba kepada Ayda Jebat dan membetulkan rambutnya itu. Tiada siapa menyangka bahawa Nabil lah rupanya gerangan yang begitu prihatin dengan penampilan isterinya itu.

Bukan hanya para peminat dan netizen sahaja yang terhibur melihat video tersebut, Ayda Jebat dan Amir Masdi turut merasa lucu apabila melihat kembali gelagat mereka dalam video tersebut.

Video yang telah dimuatnaik oleh pihak Era di Instagram mereka itu telah dikomen sendiri oleh Ayda yang berkata akan mencarikan jodoh buat rakannya itu agar tidak keseorangan lagi.

Netizen rata-ratanya juga turut terhibur melihat reaksi wajah yang ditunjukkan oleh Amir Masdi pada ketika itu.

Ayda dan Nabil ni kalau nak bermesra-mesra pun ingat lah orang sekeliling ada yang single lagi ke tak. Memang lawak tengok Amir Masdi. Serba salah dia dibuatnya bila Nabil datang buat drama cinta depan matanya.

Sumber: Instagram Era.je

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!