Kerap kongsi aktiviti berbasikal bersama, status “taken” di ig Engku Emran jd perhatian

Baru-baru ini kecoh apabila hubungan antara Noor Nabila yang merupakan kakak kepada selebriti terkenal Noor Neelofa dan bekas suami kepada Erra Fazira iaitu Engku Emran dikatakan menjalinkan hubungan istimewa. Nabila dan Engku Emran dikhabarkan juga telah mengikat tali pertunangan. Nabila tidak mengiya atau menafikan dakwaan tersebut namun hanya menjawab ringkas bahawa buat masa sekarang beliau masih belum ada sebarang komen.

Nabila dan Engku Emran di katakan mulai rapat apabila kedua-duanya terlibat dalam aktiviti sukan berbasikal bersama-sama. Mereka berdua juga bertemu kerana berkongsi minat yang mendalam terhadap sukan berkenaan sehingga kerap berkongsi aktiviti berbasikal menerusi beberapa keping gambar yang dikongsikan di Instagram.

Gosip hubungan antara mereka berdua tercetus apabila foto yang memperlihatkan kelibat Engku Emran di sebuah majlis usrah anjuran keluarga Nabila tular di media sosial. Sejak itu hubungan yang wujud antara kedua-duanya mula menjadi persoalan kepada para peminat.

Untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan tersebut, wartawan turut mendapatkan komen daripada bekas suami Nabila iaitu pelakon Sharnaaz Ahmad.

Bagaimanapun menurut Sharnaaz beliau tidak mahu masuk campur dalam urusan peribadi bekas isterinya itu dan tidak mempunyai sebarang komen terhadap gossip berkenaan.

Sejak berita mengenai kisah cinta hubungan mereka berdua bertebaran di halaman gossip hiburan masih belum ada sebarang kenyataan dibuat oleh mereka berdua. Terbaru, Nabila dilihat selesa memuatnaik beberapa keping gambar menerusi Instagram story yang memaparkan aktiviti berbasikal yang dilakukan oleh beliau bersama Engku Emran.

Walaupun hubungan mereka berdua belum di sahkan, namun menguatkan lagi spekulasi mengenai hubungan mereka apabila menjengah ke ruangan Instagram Engku Emran, beliau menulis status dirinya sebagai “taken” yang membawa maksud telah berpunya.

Rata-rata netizen merestui hubungan mereka berdua kerana kedua-duanya kelihatan serasi antara satu sama lain. Mereka berdua juga masing-masing pernah melalui kegagalan rumahtangga dan tidak salah untuk mereka berdua mencari kebahagiaan mereka sendiri pula.

Untuk rekod, Engku Emran pernah mendirikan rumahtangga bersama primadona Erra Fazira dan mempunyai seorang anak Engku Alesya. Setelah hubungan itu terlerai, beliau kemudiannya bertemu jodoh dengan pelakon Indonesia Laudya Cinta Bella namun hubungan mereka juga tidak kekal lama setelah bercrai Julai tahun lalu.

Mudah-mudahan hubungan Engku Emran bersama Nabila menjadi kenyataan dan menjadi yang terakhir buat dirinya. Doakan yang baik-baik buat pasngan ini dan semoga urusan mereka berdua juga dipermudah.

Sumber: Instagram noornabila

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!