Individu ini dakwa Hannah Delisha sebenarnya sudah setahun berkahwin

Sejak kelmarin telah kecoh mengenai isu perkahwinan pelakon dan penyanyi Hannah Delisha yang dikatakan tidak mendapat restu daripada ibunya. Isu mengenai perkahwinan pasngan Hannah Delisha dan Imam Shah yang tidak mendapat restu tersebut tular rentetan sebuah hantaran puisi yang dimuatnaik oleh ibu Hannah di Instagram peribadinya. Menurut sumber yang dipetik daripada Mstar, perkahwinan pasngan berkenaan sebenarnya tidak direstui oleh ibu Hannah Delisha.

Menguatkan lagi dakwaan tersebut apabila puisi yang di tulis di laman sosial ibu Hannah Delisha terdapat tanda pagar #ibutidakrestu sekaligus menimbulkan seribu satu persoalan kepada para peminat.

Ketika diminta untuk mengulas lanjut mengenai puisi berkenaan, ibu Hannah hanya mahu pihak media merujuk kepada luahan di media sosialnya sahaja dan mengelak dari memberikan sebarang komen.

Terkesan dengan isu berkenaan, ibu kepada Imam Shah iaitu ibu mertua Hannah telah tampil menunjukkan sokongan dengan memuatnaik beberapa keping gambar sekitar majlis perkahwinan anak dan menantunya itu.

Menerusi caption di Instagram, ibu mertua Hannah mendoakan agar pasaangan berkenaan terus tabah dan banyakkan bersabar dalam menempuhi dugaan yang melanda hubungan mereka. Ibu mertua Hannah yang dikenali sebagai Mariana itu juga berkata kasih sayang dan doanya buat pasngan tersebut tidak akan putus demi menghalang segala musibah.

Foto-foto yang dimuatnaik oleh ibu mertua Hannah itu telah dikongsikan semula oleh sebuah Instagram yang dipercayai peminat kepada pasaangan tersebut.

Menjengah ke ruangan komen di gambar yang dikongsikan itu, ada peminat yang bertanyakan mengenai pemakaian mask atau pelitup muka kerana dalam suasana majlis tersebut tidak kelihatan para tetamu jemputan yang hadir memakai pelitup muka.

https://www.instagram.com/p/CMMpPy9s9z6/?igshid=l6p41p7xuxxh

Mengejutkan apabila komen tersebut di balas oleh seorang individu bahawa majlis perkahwinan tersebut sebenarnya telah di langsungkan sebelum pndemik C0v1d19 iaitu awal tahun 2020.

Jawapan daripada individu tersebut ternyata membuatkan peminat kecewa kerana menyangka pasngan itu baru melangsungkan perkahwinan awal Februari yang lalu.

Pendedahan daripada individu tersebut ternyata menimbulkan lagi pelbagai persoalan disebalik perkahwinan mengejut Hannah Delisha.

Jika diteliti di Instagram Hannah Delisha tiada langsung gambar perkahwinan bersama ibu mahupun ahli keluarga sebelah beliau yang dimuatnaik oleh pelakon jelita itu.

Apa jua alasan ibu Hannah disebalik perkahwinan yang tidak direstui ini, hakikatnya perkahwinan antara anak perempuannya dan Imam Shah telahpun terjadi dan pasaangan tersebut sudahpun selamat bergelar suami isteri.

Mudah-mudahan Hannah dan ibunya dapat menyelesaikan isu antara mereka berdua dengan baik dan apa jua persoalan yang timbul antara kedua-dua anak beranak itu tidak akan berpanjangan.

Sumber: Instagram dramafilemadaptasinovel

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!