“Kelako ye, dua2 pelakon tu tetiba nk buat TikTok dh kelaut dalam ye” – Netizen

Tiada siapa yang menyangka serta menduga keluarga Norman dan Abby kini menjadi sebuah keluarga besar yang sangat rapat. Namun itulah pasang surut kehidupan. Belajar daripada kesilapan dan berkat kesabaran pasti Allah akan permudahkan semuanya. Tambahan pula mereka berdua berbaik demi tanggungjawab untuk anak-anak. Benarlah setiap yang berlaku pasti akan ada hikmah yang tersembunyi.

Jika suatu masa dahulu kisah rumahtangga mereka menggmparkan industri seni tanah air apabila Memey menjadi punca keretakan rumahtangga Norman dan Abby namun kini keluarga mereka pula yang cukup memberikan inspirasi buat masyarakat.

Keluarga besar Norman Hakim dan Memey Suhaiza sering menjadi rujukan buat pasangan suami isteri diluar sana. Bangkit daripada kejatuhan sebelum ini, keluarga ini terus memberikan inspirasi buat masyarakat menerusi tauladan yang ditonjolkan oleh mereka sekeluarga.

Pengalaman kisah lalu telah banyak mengubah diri mereka agar mengambil apa yang telah berlaku sebelum ini sebagai iktibar dan pengajaran yang berguna hari ini.

Menerusi perkongsian terbaru Norman Hakim di Instagram beliau, Norman berkongsi video di sebalik tabir di mana Memey  dan Abby Abadi sedang merakamkan video tiktok berdua setelah mereka sekeluarga selesai makan di sebuah restoran.

Memey dan Abby beberapa kali ketawa semasa merakamkan video berkenaan kerana tidak mampu menahan rasa lucu melakonkan dialog di dalam video tiktok tersebut.

Keakraban mereka berdua semasa merakamkan video berkenaan juga mencuri tumpuan netizen yang gembira dengan hubungan baik mereka sekeluarga.

Perkongsian daripada Norman Hakim itu turut menarik perhatian para pengikut Instagram beliau dan mereka cukup terinspirasi dengan sikap Abby dan Memey yang saling berkasih-sayang dengan cukup ikhlas sehingga mngalkan kesan positif terhadap para peminat mereka berdua.

Melihatkan hubungan mereka berdua juga, ramai yang kagum dengan hubungan Abby dan Memey yang kelihatan rapat ibarat adik beradik. Netizen turut memuji Norman yang sangat sporting melayani isterinya dan Abby Abadi merakamkan video tiktok tersebut.

Netizen juga berkata mereka terhibur dengan gelagat “masuk air” Memey dan Abby yang agak kekok merakamkan video berkenaan walaupun mereka berdua pada awalnya memulakan kerjaya sebagai pelakon. Berikut beberapa komen netizen terhadap perkongsian Norman itu.

Ramai yang mengagumi sikap Norman yang sangat bertanggungjawab dan penyayang dengan keluarga.. Manakala hubungan yang terjalin antara Abby dan Memey juga dikagumi oleh masyarakat.

Anak-anak mereka telah diterapkan nilai kekeluargaan dan didikan islam sejak dari kecil lagi. Mudah-mudahan keluarga ini terus menjadi contoh daripada para ibu dan bapa diluar sana.

Sumber: ig norman hakim

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!