“Kalau impian kita digelakkan kawan, maknanya impian kita tu besar”- Hairul Azreen

Tidak salah untuk berangan-angan. Asalkan semua angan-angan kita disertakan dengan impian yang mendorong kita untuk berjaya. InsyaAllah impian itu pasti akan menjadi kenyataan, namun paling penting ialah kita berusaha. Semua orang pasti mempunyai angan-angan mereka sendiri, tipulah jika tak ada sesuatu impian yang kita inginkan.Semua orang pasti mengenali hero filem Paskal iaitu pelakon Hairul Azreen. Hairul antara selebriti Malaysia yang bangkit dari kehidupan lamanya.

Siapa sangka, dahulunya Hairul hanya bekerja sebagai tukang cat jalan pada 14 tahun yang lalu. Dan kini, kehidupannya lebih mewah daripada dahulu.

Hairul sendiri mendedahkan kisah kehidupannya di laman Instagram. Hairul memuatnaik sebuah foto lama yang menunjukkan pekerjaannya dahulu sebagai tukang cat. Malah Hairul menceritakan impiannya suatu ketika dahulu untuk memiliki kereta mewah walaupun ditertawakan oleh rakan sekerjanya dahulu. Dan kini segala impiannya sudah tercapai.

Atas berkat usahanya menceburi industri hiburan, beliau kini berada di tempatnya sekarang. Ramai netizen tidak menyangka kehidupan Hairul yang sebenar sebelum ini.

Meskipun Hairul kini mempunyai kehidupan yang mewah, pelakon kacak ini tidak segan silu berkongsi kisah dirinya bersama peminat-peminat malahan menjadi inspirasi buat semua.

Sikap rendah diri Hairul membuatkan ramai peminatnya kagum dengan keepribadian diri Hairul. Bak kata netizen, Hairul antara pelakon yang rendah diri dan ingat asal usulnya walaupun sudah bergelar orang kaya.

Dalam pada itu, foto Hairul yang dikongsi itu telah menerima ribuan komen daripada netizen dan 220,000 tanda suka.

Rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi daripada kisah kehidupan lama Hairul.

Semoga impian kita pun bakal termakbul macam Hairul Azreen. Yang penting, kita kena usaha nak capai impian tu.. Bestnya kehidupan Hairul sekarang, berbeza sangat dari dulu. Betul-betul berinspirasi.

Sumber: Instagram Hairul Azreen

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!