“Ke mana pun tetap ada makanan kat tangan, haha”- Netizen

Di saat rakan artis wanita yang lain berlumba-lumba dengan pelbagai cara nak menurunkan ber4t badan, aktres yang satu ini lain pulak halnya. Dalam ramai netizen menegur yang berat badannya dilihat semakin berganda, Datin Almy Nadia relaks saja melayan seleranya. Seperti video yang dikongsikan ini, Almy nampak comel saja.

Agak mencuit hati tatkala sambil berjalan pun, beliau sempat melayan selera. Lihat saj4lah video dikongsikan ketika hendak melakukan sambutan kejvtan hari jadi anak sulungnya, Arianna, 8, ini. Sempat lagi sambil berjalan beliau mengunyap.

Tak pasti apa disuap ke mulut. Yang pasti tampak seperti roti ataupun pastri. Kelihatan berselera saja Almy makan. Dalam masa sama sempat beliau turut bercakap-cakap pada anaknya di majlis ringkas tersebut bersama suami, Datuk Fizz Fairuz.

Majlis juga disertai anak-anak mereka dan pastinya rakan Arianna, nampak ringkas tapi meriah. Kehidupan dan kesederhanaan mereka inilah antara yang menarik perhatian netizen. Almy pula jenis selamba…

“Comel je aku tgk Datin kunyah”, “Almy Nadia dengan makanan berpisah tiada”, “Haha.. comel je mama dia dok pegang makanan sambil mengunyah”, “Almy ke mana pun tetap perlu ada makanan kat tangan”.

“Haha.. comei Datin sambil makan”, “Sambutan biase2. Bahagia bukan biase2”, “Yang pasti Datin tetap dgn makanan dia”, “Suka tengok family ni. Sederhana hidup tapi bahagianya luar biasa, MasyaAllah”. Itu antara komen netizen.

Rupanya ramai netizen yang perasan Almy memang seorang yang sentiasa ada makanan di sisi ya… Takpe Almy, asalkan bahagia… Lagipun, jika Almy atau sesiapun macam ni bukan menyusahkan orang kan…

Yang penting jaga diri. Ada juga netizen yang memberika tip dan nasihat bagaimana supaya seseorang itu termasuk Almy agar dapat mengawal berat badan. Takpelah… Bahagia kita dengan cara kita sendiri.

Siapa kita untuk memberikan nasihat kerana suaminya sendiri, Fizz sebelum ini pun pernah berkongsi bahawa dia tak kisah dengan keadaan isterinya itu yang kini sudah ketara kelihatan agak gempal berbanding di awal perkahwinan.

Kata Fizz dia tak kisah dengan keadaan Almy kerana katanya apa yang penting isterinya itu seorang yang pandai menguruskan rumah tangga dan disifatkan seorang ibu sempurna buat empat orang cahaya matanya.

Sumber : IG Fizz Fairuz

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!