“Comel g1ler adik, dh mcm kakak to Sofia and Selena” – Lisa Surihani

Mula berlakon pada usianya 9 tahun, diam tak diam, dia kini sudah berusia 35 tahun. Begitupun jika dilihat daripada luaran dan fizikalnya masih seperti remaja. Apa yang menerujakan netizen, walaupun sudah mendirikan rumah tangga dan beranak dua, gayanya yang riang dan bersahaja tak menampakkan sangat dirinya merupakan seorang ibu. Untunglah aktres, Liyana Jasmay ini, wajahnya baby face saja.

Lihat saj4lah video dikongsikan Liyana ketika bercuti Di Genting Highlands bersama anak-anaknya ini, tak kurang netizen memberikan komen dia nampak seperti kakak kepada anak-anaknya itu saja.

Rakan artis yang juga pelakon, Datin Lisa Surihani juga mencoret perkara sama. “Comel g1la adik dah macam kakak to Sofia and Selena”, katanya. Memang ya.. tengoklah gaya Liyana dengan skirt pendek dan stoking warna cerianya tu…

Busana yang dikenakan pada tubuhnya itu juga terlihat gaya macam budak lepasan sekolah saja. Apa pun seperti karakternya, tampak Liyana seorang yang ceria, tersenyum manis dan gemar ketawa.

Gamaknya itu rahsia awek mudanya. Terdahulu dalam video hantarannya itu terlihat sama pengacara dan pelakon, Sazzy Falak. Pasti mereka menghabiskan masa untuk bercuti bersama tu… Wahhh… Bestnya girls day out..

Ikutkan Sazzy pun sejenis awek muda juga. Walaupun usianya kini sudah mencecah 43 tahun, juga nampak muda belia. Elok sangat sekepala dengan Liyana rupanya. Berjalan berdua, kelihatan macam rakan sebaya jer.

“Shoo cute both of you”, “LJ ni tak pernah menua ya. Positive vibes dia dengan aku2 rasa nak lompat”, “Cool mom”, Macam adik-beradik dah”, “independent day.. best g1la”, “Comel g1la kakak berdua ni”.

Itu antara komen netizen. Memang Liyana dan Sazzy pun dah nampak macam adik-beradik juga. Dua-dua kelihatan comel dengan gaya ceria mereka. Dapat ke taman tema Genting, tampak lebih ketara kegirangannya.

Liyana meraih pelbagai anugerah dan pencapaian dalam bidang seni termasuk Festival Filem Malaysia, Anugerah Skrin, Anugerah Shout.., dua pencalonan Anugerah Bintang Popular Berita Harian bagi Pelakon Filem Wanita Popular dan lain-lain. Dia mengembangkan lagi profilnya sebagai anak seni dengan menjadi penerbit televisyen.

Liyana mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Fathuddin Mazlan pada 2 Februari 2013. Dia dikurniakan dua cahaya mata, iaitu Sofia Arissa (lahir Mei 2014) dan Selena (lahir Januari 2016).

Sumber : IG Liyana Jasmay

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!