“Jaatuh pun cantik ayda jebat ni”- Netizen

Sejak penyanyi Ayda Jebat bergelar ibu, ramai teruja melihat cahaya mata sulungnya Ana Nayla yang sangat comel persis ibunya. Bukan Ana Nayla saja yang menjadi tumpuan netizen, Ayda pun turut sama menjadi perhatian ramai dengan penampilannya yang kelihatan lebih langsing selepas bersalin. Untungnya Ayda dah slim sekarang, pakai apa-apa baju pun senang dan muat hehe..

Jika lihat pada Instagram Ayda, beliau kurang aktif memuatnaik sebarang posting. Namun baru-baru ini, Ayda telah berkongsi video mempromosikan jualan mega sale lazada memandangkan beliau adalah duta bagi platform e-dagang Lazada.

Posting video tersebut menjadi perhatian apabila melihat gimik Ayda seakan-akan jtuh dari tangga namun ia hanyalah sekadar lakonan sahaja.

Lebih menjadi tumpuan apabila suara latar suami kepada Ayda iaitu Nabil menyanyikan lagu Ayda Jebat telah menghiburkan ramai netizen. Mana tidaknya, rata-rata netizen berasa lucu selepas melihat suara sumbang Nabil menyanyiSumbang habis suara Nabil ya, terhibur netizen dibuatnya…

Sementara itu, video Ayda mempromosikan jualan mega lazada itu telah menerima 227,000 tontonan setakat ini.

“Hahaha sumbang lah suara nabil, kreatif betul iklan ni “- Netizen

Ada juga sebahagian netizen memuji idea Ayda yang kreatif menghasilkan iklan untuk Lazada. Tak sia-sia ambil Ayda jadi duta ye hehe..

Sumber: Instagram Aydajebat

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!