“Alhamdulillah Lofa, anak belum lahir lg dh merasa melawat tmpat2 yg indah”- Netizen

Penghijrahan selebriti Neelofa ternyata membawa kesedaran dan kebaikan kepada semua bahawa sesiapa pun boleh berubah ke arah yang lebih baik. Neelofa yang dahulunya popular di kaca televisyen kini lebih fokus dengan perniagaan miliknya. Beliau juga mewujudkan pertubuhan kebajikan yang telah lama diimpikan iaitu Pertubuhan Kasih Neelofa bagi membantu masyarakat yang memerluukan.

Baru-baru ini, Neelofa berkongsi momen apabila beliau bersama Pertubuhan Kasih Neelofa diberi kesempatan melawat Nasyrul Quran,kilang mencetak Al-Quran kedua terbesar di dunia yang terletak di Putrajaya.

Walaupun Neelofa sedang sarat mengandung, beliau kelihatan teruja dapat mengikuti lawatan ke Nasyrul Quran untuk mendalami ilmu sebaik mungkin.

Jelas Neelofa begitu teruja melihat koleksi-koleksi Al-Quran yang dicetak di kilang tersebut.

Dalam pada itu, Neelofa lebih menjadi tumpuan netizen menerusi video tersebut dan rata-rata netizen suka melihat perubahan Neelofa yang terkini.

Bukan itu sahaja, ramai netizen juga tidak sabar untuk menunggu kelahiran cahaya mata pertama milik Neelofa dan suaminya, PU Riz.

“MasyaAllah cantiknya neelofa, dah sarat sangat tu tak sabar nak tengok first baby, semoga neelofa dikurniakan kesihatan yg baik”- Netizen

Ada juga sebahagian netizen menitip doa buat Neelofa menerusi ruangan komen. Ternyata Neelofa cukup disayangi ramai peminatnya.

Sumber: Instagram Neelofa

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!