“Kami still tak percaya yg kami berdua bakal jd ibu ayah”- Uyaina Arshad

Bagi setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya mengimpikan kehadiran cahaya mata yang merupakan anugerah paling berharga. Betapa bahagianya perasaan buat bakal ibu dan bapa yang bakal menimang cahaya mata kerana itulah kenangan indah yang telah dinanti-nantikan oleh mereka. Begitulah yang kini sedang dilalui buat pasangan selebriti Uyaina Arshad dan suaminya Raja Syahiran selepas Uyaina umum berita kehamilannya baru-baru ini.

Uyaina secara rasminya mengumumkan berita kehamilannya di laman Instagram dan usia kandungannya pun sudah mencecah trimester yang kedua seperti yang dimaklumkan di instagram story beliau.

Uyaina menerusi kapsyen yang ditulis, beliau memanjat rasa syukur di atas nikmat yang diberikan Allah SWT buat dirinya dan suami. Uyaina juga masih tidak percaya bahawa dirinya bakal menjadi ibu tidak lama lagi.

Ujar Uyaina lagi, ramadan kali ini juga telah memberi seribu kemanisan buat dirinya dan suami dengan menyambut ramadan buat pertama kali sebagai pasangan berkahwin serta sebagai bakal ibu bapa.

Berita gembira yang disampaikan oleh Uyaina sendiri menerusi Instagram membuatkan ramai kenalan artis turut teruja dan seronok mendengarnya.

Rata-rata kenalan artis memenuhi ruangan komen dengan menzahirkan ucapan tahniah buat Uyaina dan suaminya. Posting Uyaina turut menerima 115,000 tanda suka dan turut dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada netizen.

Nampaknya kehadiran anak sulung Uyaina dinanti-nantikan ramai ini. Mesti comel seperti ibunya dan kacak macam bapanya.

Uyaina sebelum ini melancong ke Turki bersama suaminya seperti yang dikongsi di Instagram. Dengan gambar berlatar belakangkan maasjid yang popular di Turki, Uyaina juga berkongsi foto beliau bersama suaminya sambil memegang baby bump miliknya.

Tak sabarnya nak melihat cahaya mata sulung Uyaina. Semoga dipermudahkan urusan buat Uyaina dan suami sebagai bakal ibu bapa tak lama lagi.

Tahniah buat Uyaina dan Raja Syahiran Lepas ini mesti dah mula sibuk dengan bakal cahaya mata sulung. Agak-agak ikut muka siapa lah kan, mummy or daddy? hehe..

Sumber: Instagram uyainaarshad

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!