“Best giler ada bestie gini” – Netizen

Ramai artis-artis yang mempunyai rakan baik. Malah, meskipun sibuk bekerja dan tiada masa untuk menghabiskan masa bersama teman rapat namun, mereka akan cuba meluangkan masa bersama-sama. Setiap kali pertemuan mereka dikongsikan di laman instagram, pasti netizen mendoakan persahabatan mereka kekal hingga ke jannah. Mereka berempat adalah kawan rapat sehinggakan mempunyai Hashtag saffjmzz.

Seringkali berjumpa, dan kerap juga berempat bersama,  bersarapan bersama. Dan menyambut hari lahir antara mereka bersama-sama.

Apabila bertemu satu kepala yang memang rapat dan memahami satu sama lain, macam-macam yang jadi. Semuanya menghiburkan dan gelak ketawa saja.

Kali ini bertemu untuk sama-sama mengucapkan salam ramadhan, namun dihujung video ada sesuatu yang melucukan.

Kapsyen Jihan Muse, memuatnaik video tersebut membiat ramai geli hati. Memang mereka menghiburkan. Kapsyennya “Ramadhan tiba dari pulasan, rambutan, longan dan kuinin”.

Jihan memang tidak perlu diperkenalkan lagi sikap lawaknya. Apabila menjadi sahabat beliau, automat1k sama perangainya. Fafa dan Zara Zya memang pandai melawak juga, kini Shila Amzah juga terikut-ikut melawak.

Sehinggakan persahabatan mereka mempunyai ramai peminat, dan meskipun tidak banyak muat naik mengenai persahabatan ini. Peminat mengetahui aktiviti mereka berempat.

Netizen amat sukakan persahabatan mereka sehingga ramai meminta telefilem, dan rancangan realiti. Ada juga yang mahukan mereka mengacara bersama.

Inilah persahabatan yang sebaiknya, tiada melindung perangai sebenar. Dan menerima perangai sahabat seadanya. Semoga mereka bersahabat sehingga akhirnya.

Sumber: IG jihanmuse

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!