“Kami akan menimang cahaya mata sulung kami”- Wan Emir Astar

Perkahwinan satu ikatan antara dua jiwa dan dua hati menjadi satu. Ikatan perkhawinan akan lebih bermakna jika kehadiran insan baru bernama cahaya mata. Ya, hadiah terindah bagi setiap pasangan selepas diijabkabulkan ialah cahaya mata yang menjadi pelengkap bagi pasangan yang baru berkahwin. 2 tahun perkhawinan, akhirnya penantian ini disulamkan dengan kegembiraan apabila Mira Filzah sah hamil.

Perkongsian kehamilan Mira Filzah dilaman ig beliau dan suami, Wan Emir. Diucapkan tahniah oleh rakan artis dan para peminat serta doa diiringi bersama.

Berita gembira tersebut dikongsikan dengan gambar nikah dan hasil ujian kehamilan, upt. Penantian selama dua tahun akhirnya terjawab meskipun lewat untuk memberitahu pihak media.

“Kalau saya hamil saya bagitahu”, ungkapannya terdahulu. Sekarang beliau mengotakan janjinya dan mereka berdua telah memaklumkan di ruangan media sosial mereka berdua.

Tidak merahsiakannya, namun berkongsi tentang berita gembira ini membuatkan para peminat berterima kasih kerana sama-sama berkongsi berita gembira dan tidak menyembunyikannya.

Sudah memasuki trimester yang ketiga, barulah mereka bersedia memaklumkan kerana bimbang akan kesihatan bayi dalam kandungan.

Selepas semuanya sihat-sihat, barulah dikongsikan perkhabaran gembira ini dan semoga semua mendoakan mereka dalam sejahtera dan sihat sentiasa.

Tak sabar pula nak nantikan kelahiran baby junior Mira dan Emir. Mesti comel macam ibu ayahnya. Semoga dipermudahkan urusan Mira ye.

Tahniah kami ucapkan, anak pertama ni selalunya tak kisah anak perempuan atau lelaki, betul kan.

Sumber: ig wanemirastar

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!