“Dia punya rindu luar biasa”- Netizen

Sebahagian individu pasti memiliki haiwan peliharaan masing-masing di rumah. Tak dinafikan, haiwan peliharaan juga adalah teman buat mereka. Jika mengalami stres di tempat kerja, wujudnya haiwan peliharaan ini mampu menghiburkan kita setiap masa. Malah haiwan peliharaan seperti anjing dan kucing antara haiwan yang jinak serta mudah untuk dijaga.

Salah seorang selebriti iaitu Mark Adam antara yang cukup rapat dengan haiwan peliharaannya. Kucing yang dibela Mark Adam diberi nama Rome dan sudah lama dijaga oleh Mark sendiri.

Apabila Rome sudah mempunyai keluarganya sendiri, sisi manja Rome didedahkan sendiri oleh Mark menerusi satu posting video di Instagram.

Video tersebut jelas menunjukkan kucing kesayangan Mark memeluk tuannya seolah-olah sangat rindu dengan Mark. Cukup menyentuh hati tatkala melihat Rome manja dengan Mark.

Mark juga penyayang dengan dua ekor kucing miliknya. Patutlah kucing pun manja dengan Mark kan..

Jika lihat pada video berkenaan, Mark membela dua ekor kucing jenis Sphynx yang boleh dikatakan antara kucing berharga ‘kayangan’ dan masing-masing dinamakan Rome serta Rokieya.

Sementara itu, video menyentuh hati itu telah dimuatnaik Mark sehingga menerima 420,000 tontonan.

“Kucing pun pandai rindu tuannya, mesti mark adma ni sgt baik, Manja sungguh kucingnya”-Netizen

Sumber: Instagram markadam1079

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!