“Isaac bawa lari phone omaa haha”-Zahirah Macwilson

Kenangan yang manis dan kenangan yang kelakar pasti akan membuatkan kita teringat perkara tersebut. Dan kegembiraan sesuatu kenangan tersebut pasti ingin kita kongsi bersama mereka yang akan gembira juga tentang perkara tersebut. Apatah lagi jika ia melibatkan anak kecil yang masih belum tahu apa-apa erti, namun kecerdikkannya membuatkan ia sesuatu yang menarik.

Isaac sekali lagi membuatkan netizen ketawa dan geli hati melihat keletahnya yang mencuit hati. Ketika maminya sedang berpanggilan video bersama omanya, isaac membawa lari telefon bimbit tersebut.

Panggilan oma dipanggil oleh Isaac untuk neneknya, mak kepada Zahirah. Semua netizen terhibur melihat gelagat Isaac membawa lari sambil ianya dirakam.

Ianya perkara yang melucukan kerana spontan dan tidak sengaja dirakamkan. Komen menyatakan mereka terhibur dan melihat video tersebut berulang kali.

Sikap Isaac sangat menarik perhatian, dan membuatkan semua merasa geram akan dia. Malah, ada yang kata ingin berjumpa dan memeluk serta mencub1t pipinya yang debab dan gebu serta manis bersama lesung pipitnya itu.

Zahirah akan menghantar anaknya kepada maknya apabila berada diluar kawasan disebabkan atas sebab kerja. Beliau seorang pelakon begitu juga suaminya, Aiman Hakim.

Bapa Zahirah, juga seorang pelakon iaiti Zainol Johari Macwilson dan mak beliau ialah Maslinda Yusoff.

Beliau anak sulung dari 3 orang adik beradik, semuanya tampan dan jelita. Patutlah kecantikan Zahirah dan Aiman bergabung turun ke Isaac.

Sumber: ig zahirahmacwilson

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!