“Kahwin lah cepat, dah macam suami isteri. Jgn maluukan family ye Janna”- Netizen

Siapa sahaja yang tidak mengenali Janna Nick, antara pelakon yang berbakat di Malaysia. Setiap lakonannya menjadi kesukaan ramai dan mempunyai kelab peminatnya sendiri. Dengan mempunyai pengikut seramai hampir 7 juta di laman Instagram, pengikut Janna Nick sentiasa mengikuti setiap perkembangannya. Terutama hubungannya bersama pelakon Dini Schatzman, seorang pelakon lelaki Malaysia kelahiran Switzerland.

Hubungan mesra antara Janna dan Dini menjadi perhatian ramai sejak mereka mula menjalinkan hubungan. Terdahulu, video Janna dikejutkan dengan hadiah motor vespa pemberian kekaasihnya sempena hari jadi pernah menjadi bualan hangat netizen.

Bukan itu sahaja, Janna yang kini berusia 26 tahun sentiasa berkongsi moment romantiknya bersama Dini di Instagram. Seperti baru-baru ini, Janna memuatnaik gambar mesranya berpegangan tangan bersama Dini telah menjadi perhatian netizen.

Namun salah seorang netizen menegur Janna di ruangan komen dan memberitahu hubungannya bersama kekaasihnya itu sudah sama seperti pasangan suami isteri.

Ada juga netizen lain memberi komen berharap agar Janna dan Dini cepat-cepat disatukan. Selain itu, rata-rata netizen memberi pelbagai respond pada posting terbaru Janna.

Posting Janna juga telah menerima 60,000 tanda suka dan ratusan komen dari rakan rakan artis serta pengikutnya.

Apa-apa pun, kita doa lah yang terbaik buat Janna dan pasangannya. Mungkin Janna dah ready nanti, dia akan announce berita gembira nanti kan..

Sumber: Instagram Jannanick

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!