“Jgn basuh tangan tu nanti hiilang bau Lee Min Ho”- Netizen

Tidak dapat dinafikan, dapat berjumpa dengan artis kegemaran adalah impian semua peminat drama dan peminat-peminat penyanyi yang mereka sangat sayangi tu. Lebih-lebih lagi, peminat artis international. Fuh, kalau dapat jumpa dengan diorang ni, memang sanggup habiskan duit tau, bukan selalu dapat jumpa mereka semua ni. Betul tak ?

Tiap kai dapat tahu mereka akan datang ke Malaysia saja, memang tak terkata betapa teruja dan excited nya kita rasa. Yelah, selama ni tengok dekat tv je kan, bila mereka nak datang sini, memang terus ah book tiket semata nak datang show mereka.

Baru-baru ini, pelakon Korea yang rasanya semua orang cukup mengenali beliau, iaitu Lee Min Ho. Haa, peminat k-drama sudah pasti cukup mengenali beliau kan. Takkan lah tak kenal, famous tau Lee Min Ho ni, tua muda kenal beliau.

Beliau yang datang ke Malaysia kerana telah diadakan event Cuckoo. Di situ juga terdapat lebih ramai lagi artis tanah air, sebagai contoh, Tokti yang bergandingan dengan beliau. Haa, dua-dua tau feveret ramai. Teruja sangat.

Ada dimuat naik video oleh Radin yang ketika itu sedang berdiri berhampiran dengan jejaka tampan Korea tu, fuh dekat betul eh diorang ni. Kita yang tengok video tu pun rasa jeles sangat tau, best nya dapat duduk sebelah-sebelah.

Tak lama lepastu, tiba-tiba je tengok Radin yang selamba je bersalaman Oppa Lee Min Ho tu. Time dia dapat salam tu, semua fans dekat bawah tu bersorak tau. Mana taknya, siapa je tak teruja dapat salam dengan beliau kan.

Lepas diorang bersorak tu, terus Lee Min Ho melangkah ke depan dan menghulurkan tangan kepada fans di depan pentas tu. Time tu, semua duk pakat hulur tangan tau. Teruja sangat lah semua orang time tu, tak percaya kan.

Bak kata netizen, tak payah lah basuh tangan tu, takut hil4ng bau Lee Min Ho. Kelakar betul lah baca komen masing-masing. Melekat ke bau tangan oppa tu ? Melebih-lebih ya. Tapi, siapa je tak teruja kan datang salam dengan oppa.

Justeru, memang tak dapat dinafikan bahawa pengalaman berjumpa dengan Lee Min Ho, pasti menjadi kenangan yang tak dapat dilupakan bagi peminat nya. Mana taknya, selama ni tengok tengok tv je kan. Ni dapat jumpa depan-depan.

Sumber : Ig Radin_era

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!