“Tak terkawal dah Nabil, aduhai Kak Lina” – Netizen

Semua tertanya-tanya mengapa Jihan Musa tidak bergandingan dengan Nabil Ahmad menjadi hos rancangan Gegar Vaganza baru-baru ini. Rupanya Jihan Musa berada dalam pantang selepas kelahiran anak keduanya. Itulah digantikan oleh Kak Lina pom pom. Kak Lina pom-pom juga berbakat dalam pengacaraan namun ramai pula yang tidak berpuas hati dengan cara pengacaraannya baru-baru ini.

Mungkin kerana beliau terlalu menjadi diri sendiri, kelihatan Kak Lina pun menari bersama peserta di atas pentas lalu kamera pun beralih kepada Nabil yang memerhati daripada jauh saja.

Terlihat bahawa Nabil tidak mampu mengawal Kak Lina ketika berada di atas pentas sehingga bersama-sama dengan peserta menari malah menarinya pula seolah tidak ingat akan program tersebut.

Meskipun Kak Lina sudah selesa berada di atas pentas namun ramai menyoalkan tentang Nabil yang bergelar Haji tapi masih selesa dalam keadaan sedemikian.

Apakan daya, sebenarnya mereka mencari rezeki. Jika sudah diberi arahan sebegitu, itulah yang perlu mereka lakukan tanpa membant4h sedikit pun.Apalagi jika sudah menandatangani kontrak dan pelbagai syarat telah dikenakan sebelum menerima tawaran pengacaraan tersebut.

Peserta Fuad juga tidak berkata apa-apa tentang Kak Lina yang naik ke atas pentas sedang persembahannya berlangsung. Malah turut mengikuti apa yang diaturkan.

Namun walaupun kehadiran Kak Lina tidak disenangi oleh penonton dirumah, tetapi bagi peminat Fuad, ramai yang mengatakan kehadiran Kak Lina membuatkan Fuad bersemangat dan mengh1langkan rasa gemuruh dijiw4.

Itulah antara komen-komen netizen. Netizen juga memberikan komen-komen yang segelintir merasa terhibur dan ada yang merasa tidak senang dengan perangai Kak Lina di atas pentas.

Terkadang sukar untuk mendapatkan kepuasan hati semua orang malah tidak boleh mahu senangkan hati semua pihak. Kak Lina tetap menjadi dirinya sendiri.

Sumber: ig officialriax

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!