“Jenuh dia b0ngkok dik”- Netizen

Kecil molek orangnya, itulah pelakon hebat Intan Najuwa yang kini namanya sedang meningkat naik dalam industri hiburan. Tengok sahaja pada bakat lakonannya, betul-betul menjiwai setiap watak yang dibawa. Maka tidak hairanlah jika pelakon cantik ini sentiasa menjadi pilihan ramai penonton. Intan pun sering ‘dilamar’ menjadi watak utama dalam drama lakonannya dan digandingkan dengan barisan pelakon yang hebat.

Meskipun Intan masih bergelar seorang pelajar dalam bidang jurusan Undang-Undang, beliau cekap membahagikan masa belajarnya dengan jadual lakonannya. Mesti anda tidak percaya kan, Intan antara pelajar yang bakal menjadi peguam tak lama lagi…

Jika lihat pada Instagram beliau, Intan selalu berkongsi gambar atau video yang menunjukkan dirinya sebagai salah seorang pelajar. Respect betul dengan Intan ni…

Dan terbaru, Intan berkongsi video rakaman salah satu babak lakonannya bersama selebriti Aliff Aziz menerusi drama terbaru mereka yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Melihat video dikongsi Intan itu, Babak romantik dilakonkan oleh Intan dan Aliff sambil bertentangan mata membuatkan netizen mula ‘takut’ melihatnya.

Baru berkongsi sebahagian babak lakonannya, netizen sudah mula tidak sabar untuk menonton drama terbaru gandingan Intan dan Aliff itu. Buat pertama kalinya juga mereka berganding bersama dan Aliff pun baru mula berlakon setelah sekian lama tidak berkecimpung dalam dunia lakonan.

Sementara itu, video dikongsi intan di laman sosial medianya itu telah ditonton sehingga mencecah 187,000 tontonan.

Rata rata netizen kelihatan teruja melihat Aliff mula berlakon setelah sekian lamanya dan ingin melihat keserasian lakonan antara Intan dan Aliff menerusi drama tersebut.

Netizen juga sengaja mengusik Intan di ruangan komen dan menyokong pelakon tercinta mereka.

Alhamdulillah murahnya rezeki Aliff Aziz lepas menang Gegarvaganza. Dah lama sangat tak tengok Aliff berlakon. Kena tengok drama terbaru ni hehe…

Sumber : Ig intannajuwa

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!