“Hijau dah tu, pampers pun dah senget tu Talita haha” – Netizen

Kata orang-orang, selalunya kalau anak perempuan ni kebiasaannya memang lebih rapat dengan ayah. Perempuan yang sinonim dengan kemanjaan mereka, para ayah la yang lebih pandai menawan dan melayan kerenah anak-anak perempuan ni. Sampai cemburu si ibu dibuatnya apabila anak perempuan yang susah payan dikandungkan lebih menghargai ayah mereka berbanding ibu.

Siapa yang tak kenal dengan lagi dengan pelakon dan model cantik bernama Raja Ramilah atau lebih popular dengan nama Raja Ilya ini. Tetapi pasti ramai yang tertanya-tanya mengapa Raja Ilya kini sudah menyepi dalam industri hiburan dan lama tidak muncul di kaca TV.

Memutuskan untuk hidup bersama seorang mat salleh warganegara Australia, Raja Ilya telah pun mendirikan rumahtangga bersama usahawan negara itu yang bernama Trent Garrett pada tahun 2018 yang lalu.

Tidak kisah meningg4lkan dunia glamournya di negara kelahiran Malaysia, Raja Ilya kini lebih senang bergelar suri rumah sepenuh masa bersama suaminya di Australia. Kini kehidupan mereka lebih lengkap dengan kehadiran puteri pertama yang diberi nama Talita Love.

Dek kerana geram dengan telatah anaknya yang asyik memanggil daddynya walaupun sudah diajar untuk memanggil mommy, Raja Ilya tidak menghiraukan jeritan Talita itu sehingga dia menangis dan bertukar menjadi Hulk pula.

Kebiasaannya kalau di filem-filem Marvel tu, raksasa Hulk pastinya merupakan individu yang menyeramkan apabila sudah bertukar. Namun lain pula pada Talita, bila sudah menangis tiba-tiba boleh jadi Hulk yg comel pula.

Para peminat dan netizen sering geram apabila melihat perkongsian foto dan video dari Raja Ilya yang sering berkongsi berkembangan semasa anaknya yang cukup comel itu.

Membesar dengan sihat dan sempurna, kegebuan Talita Love ini selalu mendapat perhatian netizen yang sungguh geram dengannya.

Kesian Talita Love kena buuli dengan mommynya kan. Lepasni kalau Talita dah besar sikit, mesti dia dah mengadu dengan daddynya. Raja Ilya kena bersedia pula lepas ni kena marah dengan daddy Talita sebab kacau dia sampai menaangis.

Sumber: Instagram Raja Ilya

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!