“Nampak mcm saya campak2, tp bkn bg ayam makan dan baling rezeki” – Dato Fazley

Kalau di Malaysia, makanan lambak di atas meja memang sudah terkenal sejak beberapa tahun yang lalu. Tetapi makanan lambak yang terkenal ini terhad kepada makanan laut yang dikenali sebagai “Shell Out” sahaja. Ramai yang masih belum tahu dengan konsep makanan lambak yang menggunakan pemanis mulut dan manisan seperti kek, coklat dan sebagainya.

Bukan sahaja terkenal dengan kehebatan memasaknya, pasti ramai yang sudah tahu dengan kebijaksanaan chef selebriti Dato Fazley Yaakob ini dalam mengolah pelbagai jenis masakan terutamanya makanan tempatan dan melayu.

Berjaya berkerjasama dan berkolaborasi bersama kedai kopi terkenal antarabangsa iaitu Starbucks, kini ramai yang sudah boleh merasai sendiri hasil idea dan masakan enak dari Dato Fazley dengan mudah. Membawakan menu kegemaran rakyat Malaysia, dengan sedikit olahan moden kini menu-menu tersebut telah mendapat sambutan yang cukup hangat.

Namun, salah satu idea masakan yang berasaskan manisan olahan dari Dato Fazley ini tidak mendapat maklum balas yang baik dari para netizen yang kurang gemar dengan cara presentasi dari chef selebriti itu. Menggunakan konsep yang sama seperti “Shell Out”, cara presentasi seperti ini memang sudah terkenal di negara luar namun tidak di dalam negara ini.

Salah satu ciptaan dari Dato Fazley sendiri yang telah diusahakan lebih 8 tahun bukan sahaja di dalam negara malah di luar negara pun dia pernah menghidangkan menu ini. Manisan yang dikatakan dicampak-campak ini telah mendapat kecaman para netizen yang tidak senang hati melihat aksi itu.

Manisan di atas meja yang diberi nama Sweet Table oleh Dato Fazley ini mempunyai peminat yang tersendiri yang mahukan kelainan serta melihat secara langsung aksi Dato Fazley dalam menghias satu meja yang penuh dengan pencuci mulut dan manisan yang terdiri dari pelbagai jenis.

Walaupun begitu, masih ramai peminat yang menyokong usaha Dato Fazley yang sudah dilakukan bertahun-tahun ini dan menasihatkan agar dia tidak mudah berpuutus-asa dengan kata-kata negatif dari mereka di luar sana.

Terliur tengok Dato Fazley punya Sweet Table. Macam-macam jenis kek dan manisan ada dekat atas satu meja. Bertuah siapa yang dapat merasa sendiri air tangan Dato Fazley yang menghias meja tu.

Sumber: Instagram Dato Fazley Yaakob

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!