“Hebatnya Dato’, l4nggar pokok terus keluar gadis bunian” – Netizen

Siapa yang tidak kenal usahawan kosmetik yang namanya semakin meletup-letup di pasaran ini. Selain keperibadiannya dikenali sebagai seorang yang merendah diri, ramai kagum dengan kejayaan dikecapinya yang bermula dari bawah. Dek menjadi perhatian, selain kisah hidupnya, ramai yang mengikuti perkembangan semasa beliau melalui perkongsian di media sosialnya. Ada-ada sahaja kisah pahit, masam manis dikongsikan figura, Datuk Alha Alfa.

Terbaharu antara menarik perhatian netizen ialah tentang siapakah gerangan k3kasih hatinya. Yalah… orang berjaya, baik hati dan berharta sudah tentulah ramai yang mahu tahu siapa berjaya mencuri hatinya.

Apatah lagi sejak kisah perpisahan Alha dan bekas isterinya, Nor Azlin Ismail menjadi perhatian netizen. Masakan tidak, mahligai perkahwinan dibina hanya bertahan selama setengah tahun.

Tiada siapa inginkan perpisahan selepas membina ikatan suci, begitupun takdir sudah tertulis. Kini nampaknya Alha semakin move on. Lihat saj4lah perkongsian hantaran beliau di IG nya seakan ada sinar baharu jer…

Dalam kapsyen hantarannya, Alha berpesan agar berhati-hati ketika berada di taman bunga. Dalam pada itu, beliau berkongsi video sedang berjalan-jalan sebelum terl4nggar sebat

Yang tak disangka, tiba-tiba keluar satu kelibat wanita yang tidak ditonjolkan wajahnya. Di sebalik konten agak mencuit hati itu, pastinya perkongsiannya itu membuatkan ramai tertanya-tanya siapa wanita tersebut?

Menariknya, ramai meneka perempuan misteri keluar di balik pokok itu ialah pelakon, Zara Zya yang mana sering dilihat bersama Alfa akhir-akhir ini. Apa pun sama ada benar atau tidak, belum ada respons Alha setakat ini.

“Zara ka tu”, “sorry gelak…unexpected event ni”, “Hahahahaha hebatnya dato l4nggar pokok terus keluar gadis bunian”, “In Shaa Allah dato sampai masa akan hadir yg terbaik buat dato..”, ‘Kita nampak dh gadis bertudung tulah jodohnya..”, “Zarazya ke tu haha”. Itu antara komen netizen.

Untuk info, Alha sebelum ini bekerja sebagai jurusolek ketika belajar. Beliau bertuah mengecapi kejayaan apabila terpilih sebagai jurusolek dalam produksi drama. Saban hari, namanya dikenali sebagai seorang jurusolek yang hebat.

Pernah menjadi menjadi pembantu peribadi aktres, Amy Mastura, difahamkan mulanya, beliau berguru dengan Amy Mastura untuk solekan dan lain-lain, namun akhirnya diberi kepercayaan bagi Amy Mastura untuk bekerjasama dan menggunakan khidmat solekan. Wow kan…


Sumber : IG Datuk Alha Alfa

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!