“Confius plak mana satu baby ntah”- Netizen

Kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, begitulah perumpamaan yang dapat diibaratkan kepada anak beranak Syamel ni. Macam mana gelagat Syamel, macam tu jugalah gelagat Khawla. Tapi kalau biasanya kita tengok Syamel yang banyak ikut Khawla kan. Macam-macam gelagat ye anak-beranak, itu baru sorang anak, kalau dua tiga, habislah dibuatnya.

Sudah sedia maklum bahawa mummy nya juga tak nak kalah lucunya. Sebelum ada Khawla pun sudah menjadi-jadi telatah tu. Ini dah dapat Khawal, Khawla pula yang mewarisi telatah mummy dan daddy nya tu.

Sebelum ni kita selalu tengok gelagat Ernie dan Syamel, tak berhenti gelak dibuatnya.  Bermacam ragam betul pasangan lovebird tu. Dahla dua-dua pandai menyanyi. Adore betul, mesti Khawla ikut bakat mummy dan daddy nya tu.

Nur Khawla Solehah nama yang diberi oleh Ernie dan Syamel comel sangat orangnya, Khawla pun sudah mempunyai akaun instagram nya sendiri yang diberi nama @nkhawlasoleha dan mempunyai 13.1k pengikut.

Kalau uncle dan onty nak follow up perkembangan Khawla, boleh la follow ig Khawla ye, comel je bulat baby nya. Geram rasa nek pel0k lepastu nak g0mol-g0mol. Kalau depan mata ni, rasa nak tarik pipinya tu kan.

Tapi, apa yang lebih menarik hati netizen setelah Syamel memuat naik video beliau dengan puteri kesayangan nya itu dua-dua baring atas katil, tapi daddy nya tu megada juga di sebelah nya. Confius lah siapa yang baby siapa pula daddy nya.

Antara komen netizen ialah “Daddy pinky sama Khawla laa soo sweet”, “Macam nak lemp4ng je baby yang besoo tu, geram”, “Geram erk daddy pink jugak” dan sebagainya. Kenapa eh ramai sangat geram dengan daddy Syamel.

Mana tak geram nya mengada-ngada betul ya daddy Syamel tu, dah la baju sama pink, pastu baring-baring sebelah baby Khawla, aish confius dibuatnya siapa sebenarnya baby Ernie. Takpalah dua-dua comel, geram je nak tarik pipi gebu tu.

Justeru, sememangnya keluarga Syamel ni semua comel-comel belaka. Ada saja content video nak suruh netizen gelak ketawa tengok gelagat mereka. Tengoklah nanti Khawla dah besar, mungkin Khawla pula kot yang akan join mummy dan daddy nya tu buat lawak spontan sebegini. Seronok kan ada family macam tu.

Sumber : Ig Syamel_official

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!