“Saya risau bila kalau saya senyum, senyum tu manis lah” – Adi Putra

Penangan filem Mat Kilau telah mencipta fenomena apabila filem popular ini telah berjaya pecaah panggung selepas ditayangkan dan mencatat kutipan sehingga RM71 juta. Baru 19 hari ditayangkan, memang cukup luar biasa filem Mat Kilau arahan Shamsul Yusof ini. Seperti yang ramai sudah ketahui, Mat Kilau adalah pahlawan melayu yang menentang penjajah pada suatu ketika dahulu.

Menerusi filem tersebut, barisan pelakon juga sangat mengujakan seperti watak utama Mat Kilau dipegang oleh Dato Adi Putra. Adi Putra salah seorang pelakon yang cukup berbakat dan menghayati watak dengan sebaiknya.

Selain Adi Putra, pelakon lain seperti Beto Kusyairy dan Fattah Amin berjaya menghidupkan watak menerusi lakonan mereka. Mantap sekali ya tengok barisan pelakon Mat Kilau.

Menerusi filem Mat Kilau, sudah tentu watak utama dalam filem itu antara menjadi perhatian ramai netizen. Populariti Adi Putra terus menaik sejak filem Mat Kilau ditayangkan. Lebih-lebih lagi peminat wanita mula menyukai Adi Putra yang sememangnya tampan.

Ramai melihat Adi Putra sentiasa dengan imej yang serious dan jarang senyum. Adi Putra sendiri akui raut wajahnya sebegitu dan jarang sekali mengukir senyuman.

Pengakuan secara terbuka itu diberitahu oleh Adi Putra sendiri menerusi sesi temu ramah dan sidang media yang telah dilakukan baru-baru ini.

Adi Putra berkongsi sebahagian rakaman sesi temu ramah tersebut dan sempat menjawab pertanyaan netizen tentang raut mukanya yang gaarang itu.

Siapa sangka, jawapan Adi Putra betul-betul berjaya buat peminatnya ‘cair’ mendengarnya. Sempat lagi tu pelakon tampan ini bagi senyuman dekat peminatnya hehe

Sementara itu, video dikongsi Adi Putra di instagram telah menerima 200,000 tontonan dan 760 komen daripada netizen.

Rata-rata peminat Adi Putra memberi pelbagai reaksi di ruangan komen. Malah ada juga yang cuba memikat pelakon kesayangan ramai ini.

Jarang sekali tengok Adi Putra senyum, sekali dia bagi senyuman terus jaatuh cinta ni hehe.. Lepas filem Mat Kilau, filem seterusnya ada Adi Putra lagi tak? Confirm ramai nak tengok..

Sumber: Instagram adpadiputra

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!