“Halah halah alasan sungguh”- Catriona Ross

Membeli belah telah menjadi kegiilaan ramai golongan wanita. Ia juga adalah waktu yang sangat indah buat wanita sekaligus dapat melepaskan strres. Asalkan ada duit dan tujuan, pasti menjadi aktiviti wajib oleh setiap orang. Ada orang kata, window shopping pun sudah mampu buat kita bahagia walaupun tidak membeli apa-apa barang.

Inikan pula jika dapat membeli barang yang kita inginkan, memang melompat gembira dibuatnya. Namun, berbelanjalah dengan cara berhemah. Jangan terlalu boros pula tau..

Seperti selebriti Catriona Ross, beliau pun antara individu yang suka membeli belah. Walaupun barang kesukaannya itu hanyalah sebuah cermin mata hitam, itu pun sudah membuatkan beliau ‘lemah’ dengan keluaran cermin mata hitam yang baru.

Bukan jenama yang biasa-biasa tau, semuanya berjenama mewah walauoun hanya cermin mata hitam antaranya jenama pilihan Catriona iaitu Dior.

Tak boleh disangkal lagi jenama mewah itu berjaya membuatkan Catriona membelinya meskipun cermin mata mewah itu boleh cecah ribuan ringgit.

Beliau memuatnaik video yang menunjukkan dirinya bersama kawan menggayakn cermin mata hitam yang baru milik mereka.

Kapsyen yang ditulis Catriona juga melucukan sehingga netizen terhibur membacanya.

Ramai netizen juga semoat memuji kecantikan Catriona di ruangan komen. Meskipun sudah bergelar ibu, maintain cantik je beliau lebih-lebih lagi dengan gaya pakaiannya.

Sementara itu, Video yg dimuatnaik di Instagram telah menerima banyak perhatian daripada netizen. Catriona juga kini sedang bercuti di Bali, Indonesia bersama temannya.

Seronoknya tengok kak cat beli cermin mata jenama Dior. Mewah tengok cermin mata gitu, sesuai dengan kak cat bila pakai. Nak kena beli satu jugak ni hehe..

Sumber: Instagram catrionabrianross

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!