“Isteri dia tak cembuuru ke “-Netizen

Sudah pasti ramai kenal dengan pelakon Intan Najuwa yang berbakat besar dengan memegang banyak watak utama dalam drama tempatan. Kecil molek sahaja orangnya, itulah Intan Najuwa yang sentiasa mencuri perhatian peminat-peminatnya. Siapa sangka, kesibukannya sebagai seorang pelakon sama sekali tidak menghalang beliau untuk bercita-cita menjadi peguam.

Intan antara salah seorang pelajar jurusan undang-undang dan dalam masa yang sama beliau juga sibuk dengan jadual lakonannya. Tak dinafikan, intan pandai membahagikan masanya dengan belajar dan karier sebagai pelakon.

Intan banyak memainkan watak utama dalam sesebuah drama dan terbaru drama Jodohku Babysitter lakonan beliau bersama Aliff Aziz. Buat pertama kalinya dua pelakon ini berganding dalam drama terbaru yang ditayangkan di saluran Astro.

Walaupun baru pertama kali melihat mereka berganding dalam drama tersebut, sudah nampak keserasian antara dua pelakon hebat ini.

Malah baru-baru ini, satu video dikongsi Intan di laman Instagramnya. Video Intan dan Aliff menghadiri program Meletop bagi sesi temuramah serta mempromosikan drama terbaru mereka.

Walau bagaimanapun, video tersebut telah ditegur oleh sebahagian netizen gara-gara aksi spontan Intan dan Aliff bersentuhan tangan.

Ramai mengetahui Aliff dalam proses berhijrah dan telah ditegur netizen supaya lebih menjaga batas dengan pelakon wanita.

Berkemungkinan apabila mereka sudah serasi di set penggambaran sebelum ini, mereka tidak sengaja bersentuhan di program Meletop baru-baru ini kan?

Video mesra Intan dan Aliff itu juga telah mencapai 65,000 tanda suka dan teguran daripada netizen di ruangan komen. Ada juga netizen lain yang tidak sabar untuk melihat gandingan Intan dan Aliff di dalam drama tersebut.

Mungkin ada betulnya juga nasihat daripada netizen. Aliff tak patut bersentuh tangan dengan Intan. Dan mungkin juga Intan dan Aliff tak sengaja dan secara spontan aje kan..

Sumber: Instagram intannajuwa

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!