“Bila tgh drive mengantuk, ni je cara yang paling selamat”-Ezzaty Abdullah

Pernahkah anda mengalami situasi di mana anda sendiri mengantuk ketika memandu? Mesti pernah terjadi kan? Ya, mengantuk ketika memandu sangat membahaayakan. Maka sebab itu, seeloknya kita berhenti di mana-mana perhentian rehat untuk berehat sebentar. Biarlah mengambil masa agak lama sedikit untuk sampai ke destinasi yang dituju, janji dapat rehat secukupnya.

Bercerita tentang situasi tersebut, satu video daripada pelakon Ezzaty ternyata mengingatkan kita tentang situasi mengantuk ketika memandu.

Beliau memuatnaik sebuah video yang menunjukkan dirinya mengantuk ketika memandu. Tindakan beliau yang memandu sambil mengantuk membuatkan netizen tidak senang duduk melihatnya.

Namun rupa-rupanya, ia hanyalah sebuah lakonan sahaja. Kereta yang dipandu Ezzaty itu telah ditarik oleh sebuah truk bertujuan untuk pembikinan drama/filem lakonannya. Pada awalnya, kononnya Ezzaty ingin berkongsi cara paling selamat untuk elak mengantuk sambil drive.

Betul-betul suspen bila tengok posting video Ezzaty. Di akhir video baru tahu cerita sebenar hehe.. Nasib tengok dari awal hingga akhir, barulah boleh tahu kesudahan video dikongsi Ezzaty.

Biarpun video dikongsi Ezzaty agak suspen namun sebahagian netizen dilihat terhibur dengan gelagatnya. Pandai berlakon ya, macam real betul.

Video Ezzaty itu juga telah menerima 49,000 tontonan dan sebahagian komen daripada netizen. Malah video tersebut juga antara tujuan untuk mempromosikan drama terbaru lakonan Ezzaty iaitu Liar The Series My.

Rata-rata netizen memberi pelbagai respon di ruangan komen dan tidak menyangka ia hanyalah lakonan semata-mata.

“Okay ini another level punya lawak, gigih kami tunggu tips nasib lah tengok sampai habis”-Netizen

Lucu juga Ezzaty rupanya. Pandai pura-pura mengantuk sambil drive. Rupanya kereta kena tarik daaa..

Sumber: Instagram ezzatyabdullah

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!