“Baik ayahnya, walaupun bapa tiri tapi mcm bapa kandung” – Netizen

Benar kata orang setiap kesabaran itu ada hikmahnya. Begitu jugalah di ibaratkan kehidupan Elly Mazlein atau kini lebih mesra di kenali sebagai Kak Lina Pom Pom yang kelihatan semakin bahagia dan gembira setelah melangsungkan pernikahan keduanya tahun lalu bersama seorang guru geografi yang berasal daripada Kelantan dikenali sebagai Cikgu Azlan.

Buat Kak Lina, tiada lain yang lebih membahagiakan beliau melainkan rasa penuh bersyukur kerana dikurniakan seorang suami seperti Cikgu Azlan yang sangat memahami kerjayanya dan menerima anaknya Putri Sara Sefhia seperti anak sendiri.

Kak Lina sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga bersama seorang pengarah drama pada November 2014. Namun jodohnya bersama pengarah drama itu tidak panjang dan mereka berdua akhirnya memutuskan untuk berc3rai hanya setahun selepas berkahwin. Hasil pernikahan itu Kak Lina dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Putri Sara Sefhia.

Terdahulu, bekas pengacara rancangan hiburan Lagu Cinta Kita itu pernah menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal selama 3 tahun dan membesarkan anaknya sendirian dengan bantuan bapa setelah kehilangan ibu sekitar bulan Mei 2014.

Semasa melalui fasa bergelar ibu tunggal, kegigihan Kak Lina untuk membela nasib anaknya telah meruntun hati banyak pihak. Namun kini, kisah pahit dalam kehidupan pelantun lagu Dusta Cinta tersebut sudahpun sekian lama berlalu dan Kak Lina kini sedang menjalani kehidupan baru yang sangat bahagia bersama Cikgu Azlan.

Meskipun pada awalnya Kak Lina mengakui mempunyai keraguan terhadap suaminya itu kerana perbezaan usia yang ketara namun kesungguhan yang ditunjukkan oleh suaminya itu telah berjaya memenangi hati Kak Lina.

Hasil perkongsian hidup bersama Cikgu Azlan, pasangan romantis ini dikurniakan seorang bayi lelaki. Kehadiran bayi lelaki berkenaan yang diberi nama Haider Mateen Mohamad Azlan telahpun melengkapkan lagi keluarga mereka.

Sebagai selebriti yang di kenali, apa jua gerak geri dan kehidupan peribadi penyanyi, pelakon dan pengacara popular ini di media sosial sering mendapat perhatian para peminat.

Terbaru menerusi perkongsian di Instagram, Kak Lina telah memuatnaik satu video yang memaparkan beliau dan suaminya sedang menghantar anak perempuannya ke sekolah lengkap berpakaian sukan bersempena hari sukan sekolah.

Sebelum mereka berpisah, Sefhia di lihat bersalaman bersama Cikgu Azlan dan juga Kak Lina.  Cara layanan dan didikan Cikgu Azlan yang sangat lemah lembut terhadap Sefhia menarik perhatian para pengikut akaun Instagram Kak Lina. Cikgu Azlan juga turut menciuum dahi Sefhia tanda kasih sayang sebelum meningg4lkan Sefhia  untuk mengikuti aktiviti di sekolahnya.

Video berkenaan di hujani pujian daripada para peminat Kak Lina. Tidak di nafikan rata- ratanya menzahirkan rasa terharu mereka dengan ketulusan hati dan kasih sayang yang di tunjukkan oleh Cikgu Azlan buat Sefhia.

Ramai yang mendoakan kebahagiaan yang di kecapi Kak Lina ini akan berpanjangan. Ternyata Kak Lina telah membuat pilihan yang tepat dalam mencari calon suami.

Tidak kurang juga yang memuji Sefhia kerana sangat sopan dan pandai menghorm4ti orang tua. Malahan tingkah laku Sefhia yang sangat lemah lembut, sopan serta pandai menjaga diri juga menerima pujian peminat Kak Lina.

Rata- ratanya juga gembira dengan kebahagiaan yang dikecapi oleh Kak Lina sekarang. Para peminat yang telah lama mengikuti kehidupan Kak Lina juga melahirkan rasa kesyukuran kerana Kak Lina telah menemui seseorang yang begitu menyayangi mereka sekeluarga dengan tulus ikhlas.

Peminat juga mendoakan agar kebahagiaan yang sedang Kak Lina nikm4ti ini berkekalan selamanya.  Berikut dikongsikan beberapa komen para peminat buat Cikgu Azlan dan Kak Lina.

Ulangkali tgk..sopan..comey je manja..pandai kak lina didik ank..semoga manja mjadi ank yg solehah berjaya dunia akhirat..aaminn..” – Netizen

Sebelum ini, Kak Lina juga sering memuatnaik gambar dan video yang menunjukkan suaminya sedang mengajar dan melayani anaknya Sefhia.

Almaklumlah sebagai seorang guru pastinya suaminya itu sudah biasa berurusan dengan anak-anak. Cikgu Azlan juga tidak kekok mengajar Sefhia dan menyayangi Sefhia sepertimana anaknya sendiri. Alhamdulillah.

Sumber: ig iamellymazlein

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!