“Haha tolonglah dorang carik filter”- Netizen

Di laman sosial media, sudah menjadi kebiasaan buat netizen yang suka mengikuti trending viral. Apa sahaja yang viral pasti akan banyak video yang dimuatnaik netizen untuk tatapan umum. Tidak terkecuali, influencer terkenal pasangan Malaysia-Korea iaitu Ryzal Ibrahim dan Maryam Younarae pun turut sama join memuatnaik video yang trending viral.

Ramai mengenali pasangan suami isteri ini apabila video-video mereka menjadi viral di laman sosial media. Mereka antara pasangan yang menjadi perhatian lebih-lebih lagi apabila berkongsi video lucu.

Agak sukar sebenarnya jika berduet dengan pasangan di dalam video. Namun tidak bagi Ryzal dan Maryam kerana mereka sentiasa beraksi spontan di dalam video.

Malah baru-baru ini, Maryam dan Ryzal sekali lagi berganding melakukan trending Tiktok sehingga menghiburkan netizen. Gelagat suami isteri ini jarang sekali mengecewakan, ada sahaja jenaka mereka berdua.

Tak dinafikan, Ryzal dan Maryam mempunyai ramai peminat dan peminat mereka pun sentiasa mengikuti perkembangan influencer popular ini.

Sementara itu, video terbaru mereka telah mencuri perhatian sehingga cecah 500,000 tontonan. Malah selebriti seperti Fizz Fairuz dan Indah Ruhaila juga turut meninggaalkan komen.

Tidak terkecuali, peminat mereka juga terhibur melihat gelagat Ryzal dan Maryam serta memberi pelbagai respon di ruangan komen.

Selain Ryzal dan Maryam yang menjadi tumpuan, cahaya mata sulung mereka iaitu Rina turut popular dalam kalangan peminat ibu bapanya.

Ramai suka melihat Rina yang berdaarah kacukan Malaysia-Korea ini dan mirip sekali dengan wajah ibunya.

Bila tengok balik video yang Maryam muat naik, memang betul-betul melucukan suami isteri ini. Nasib Rina tak ada dalam video tu tengok gelagat ibu bapa dia hehe..

Sumber: Instagram maryamyunrrr

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!