“Tak pakai filter pun cantik lagi, Shera tetap cantik”- Netizen

Tidak dinafikan, semua orang ingin kelihatan cantik dan awet, kalau boleh nak capai beauty standard dan kelihatan seperti bidadari, tapi apakan daya kerana semakin hari kita semakin menua dan kuulit pun dah tak setegang sewaktu di zaman muda. Sebabtulah ada yang ambil supplement kecantikan, ada juga yang buat rawaatan muka dan sebagainya.

Kalau boleh nak muka selamanya macam ketika ni zaman remaja, kulit mulus gitu. Sanggup habiskan duit untuk beli produk yang selalu keluar di kaca televisyen, kalau kawan ada mesti kita rasa nak ada juga.

Tapi harus diingatkan, bahawa kecantikan itu subjektif, tidak semestinya harus putih, kur0s. Sebalikanya semua orang itu cantik pada asalnya. Sebabtulah kita kena sentiasa bersyukur. Barulah hidup akan rasa sentiasa lengkap.

Nak dijadikan cerita, apabila Sharifah Shahirah atau lebih mesra dipanggil Kak Rara yang ada memuat naik video beliau duduk kata muka nya tak lawa tanpa filter. Aik, betul ke ? Selama nya korang kenal Kak Rara , cantik je kan. Mana ada tak cantik.

Kak Rara duk komplain lagi katanya bibirnya sudah kering, kulitnya sudah kedut dan sebagainya, yelah nak dah masuk 50-an bak katanya. Macam ragam-ragam betul Kak Rara ni. Hakikatnya, beliau lawa je seperti bidadari.

Tapi, rata-rata netizen menafikan nya setelah mereka menyatakan mereka pernah terjumpa Kak Rara face-to-face, mereka kata beliau tetap kelihatan cantik. Haa, kan dah kata, Kak Rara ni cantik orangnya. Bukan seperti yang dikatakan nya pada awal tu.

Biarpun kulit dah tak semulus di zaman waktu muda, Kak Rara tetap cantik. Itu belum lagi pakai pakai proper make up, kalau pakai make up, Fuh kembali di zaman muda nya. Walau usia meningkat, tapi kecantikan nya tidak pudar.

Yang paling kelakar apabila Kak Rara membuat eskpresi mukanya seolah-olah bibir “cuih”. Kelakar betul part tu, sampai nak terkeluar air liur bak kata netizen. Sempat lagi dia buat lawak kan. Tak pernah tak lawak Kak Rara ni.

Justeru, tak dinafikan kecantikan itu adalah subjektif, dan tidak perlu membandingkan kecantikan seseorang. Kerana kecantikan sebenarnya adalah pada peribadi kita, kalau muka cantik tapi perangai tak helok, tak lawa juga kan.

Sumber : Shieraijoy

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!