“Haha mujur penyapu tu tak p4tah tujuh”- Netizen

Melihat keserasian Abby Abadi dan Memey Suhaiza, ramai yang tersenyum dan terharu dengan dua orang wanita hebat ini. Mana taknya, kisah yang dahulu dilupakan, malah sekarang menjadi akrab dan seperti sahabat sejati. Betul orang kat, yang lepas biarlah iainya berlalu, focus yang sekarang saja. Betul tak ?

Mereka selalu lepak dan melakukan aktiviti bersama, kadang tu siap gathering bersama-sama keluarga tercinta. Dua keluarga bahagia duduk bersama dan membincang hal dengan begitu aman. Suka sangat tengok bonding Abby dan Memey ni.

Baru-baru ini, Memey dan Abby Abadi ada membuat parodi miming kan babak cerita Madu Tiga. Haa, siapa je tak tahu cerita tersebut. Paling kurang pun, pasti selalu terdengar scene “Bang Jamil..Ku kira dua, rupanya tiga”. Pernah dengar tak ?

Abby yang ketika itu sedang menyapu sampah, kemudian didatangi Memey yang memberitahu berita berkaitan Abang Jamil sudah berkahwin lagi. Lawak betul tengok dua orang itu miming, walaupun ada part tak synchronize, tapi tetap comel.

Di pengakhiran scene tersebut, Abby yang kononnya geram dan marah, menghent4k penyapu yang dipegangnya itu. Bak kata netizen “nyaris tak pat4h tujuh penyapu tu”. Yelah, kalau dah marah, apa pun boleh jadi.

Sememangnya lakonan mereka tu sangat lucu, dengan reaksi muka mereka berdua yang menghayati babak masing-masing, boleh lah berlakon bersama lepas ni, sangat mengimbau kembali movie Madu Tiga itu. Walaupun movie lama, tapi masih popular hingga sekarang.

Bak kata Abby, tang lupa dialog tu, pandai pula dicover nya dengan menggunakan teknik buka mulut. Biarlah terlupa dialog pun, yang penting lakonan nya mantap dan begitu lawak. Tengok gelagat mereka pun, terus auto gelak.

Sebenarnya, Abby sedang mempromosikan produk baju kurung Saloma keluaran nya. Baju yang dipakainya itu begitu cantik sekali dan ramai yang tertarik dengan baju tersebut. Sambil berlakon, sambil membuat promosi. Pandai betul.

Justeru, sudah sedia maklum bahawa mereka berdua ini dahulu nya merupakan pelakon terkenal, sehingga sekarang pun masih hebat teknik lakonan mereka. Biarpun tak ingat dialog, tapi nasib baik pandai cover, lucu betul lah.

Sumber : Ig Mamayebbyyabadi

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!