“Maafkan saya kamera nampak l0bang idung dan dabel chin ye” – Tokti

Memang seronok jika diri mempunyai suara yang enak dan lunak ketika menyanyi kan. Pasti hari-hari jika nak menyanyi pun tiada masalah dan orang lain pun pasti suka nak dengar nyanyian kita. Jika suara pun sumbang dan tidak enak didengar, orang pun pasti akan rimas jika nak dengar kita nyanyi. Jika hanya sekedar untuk menghiburkan diri sekali-sekala tiada masalah lah.

Siapa saja yang tak terbuai dengan alunan suara merdu penyanyi nombor satu negara ini. Kata orang ramai dan para peminat, tidak perlu sampai menyanyi dengar suaranya ketawa sahaja pun sudak cukup merdu di telinga. Dato Siti Nurhaliza memang sudah menjadi kesayangan rakyat Malaysia sejak mula menceburi bidang nyanyian hingga sekarang.

Selain berbakat besar, sikap Tokti yang sentiasa merendah diri, murah senyuman dan lemah-lembut inilah yang menjadi faktor kejayaannya berpuluh-puluh tahun dalam industri. Sentiasa menunjukkan sikap positif dan baik, tidak hairanlah jika imej negatif tidak akan pernah melekat pada dirinya.

Hanya membuat latihan menyanyi sahaja, ramai yang terpegun dengan kemerduan suara penyanyi ini apabila dikongsikan di laman sosial Instagram. Video singkat yang dikongsi dan diambil oleh Tokti sendiri ini telah menarik perhatian ramai peminat.

Apa yang lucu adalah kapsyen dari Tokti sendiri yang memohon agar para peminat hanya fokus kepada nyanyiannya sahaja dan bukan pada wajahnya. Video yang diambil dari sisi bawah itu membuat Tokti berasa malu pula dengan hidung dan lemak di wajahnya.

Tidak perlu mempersoalkan tentang perkara lain, rata-rata netizen semuanya bersetuju dengan kemerduan suara Tokti sehingga meminta agar Tokti membawa lagu-lagu klasik yang lain.

Tokti yang menyanyikan lagu bertajuk Azizah nyanyian asal dari P. Ramlee dalam video tersebut telah berjaya menarik minat orang ramai untuk mendengar lagu-lagu klasik zaman 1940 an pula.

Bak kata-kata peminat tegar, tak perlulah Tokti risau bagaimana pun rupa Tokti ketika menyanyi. Jika tiada wajah Tokti dalam video pun pasti peminat akan dengar juga nyanyian merdu Tokti tu.  Nyanyi untuk latihan saja pun dah merdu macamtu, apatah lagi jika nyanyi untuk penonton nanti.

Sumber: Instagram Ctdk

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE Tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!