“Aleesya sentiasa redha layan mom dia”-Netizen

Bercakap dengan soal anak-beranak ni, banyak sangat skop nya, tak terkata. Rata-rata biasanya selalu ibu bapa yang penat lelah melayan karenah anak-anak mereka. Dari kecil sampai lah ke besar, tak perabis. Tapi, demi kasih dan sayang nya mereka kepada anak, kenalah layan perangai mereka yang tak berkesudahan tu.

Tapi, bukan saja ibu bapa yang selalu melayan karenah orang tua mereka. Jangan disangka tiada anak yang kena layan karenah ibu bapa mereka. Lebih-lebih lagi jika dapat parents yang jenis terlalu energetic ni. Tapi, syok kan dapat parents yang sentiasa energetic, barulah happy.

Anak nya pula jenis yang pemalu. Memang penat lah diorang kena layan perangai parents mereka tu. Pasti lawak kan jadinya, nak samakan energy dengan parents, tapi diri tu seorang yang introvert. Tak boleh nak buat apa dah kan.

Agaknya begitulah yang dihadapi oleh anak kepada Erra Fazira yang bernama Aleesya tu. Kalau korang tengok Alessya ni, boleh tahu dia ni seorang yang sangat pemalu dan sopan je, dahla cantik pula orangnya. Sama macam mummy nya tu.

Seperti yang diketahui, Erra ni merupakan pelakon legend dan sangat terkenal. Dah nama pun seorang pelakon, sudah semestinya lah seorang yang extrovert dan penuh dengan keyakinan diri. Berani berhadapan dengan ramai.

Baru-baru ini ada dimuat naik video Erra dan Aleesya di dalam kereta. Kelihatan mereka berdua excited menyambut hari kemerdekaan Malaysia. Siap menyanyi lagi tau, dan pegang bender4. Comel sangat tengok telatah mak dan anak ni.

Jangan dilupa, Alessya tu seorang yang agak pemalu. Dia nyanyi sikit je, mummy dia yang terlebih energetic dan semangat. Haa, lepastu Aleesya senyap je di tepi Erra sambil tersengih, malu sangat orangnya.

Kelihatan sangat sopan dan manis senyuman si anak dara tu, sama cantik seperti ibunya tu. Bukan tak semangat patriotik, Cuma dia seorang yang pemalu. Mummy nya memang jenis berani dan tak malu di hadapan kamera.

Justeru, selamat menyambut Hari Kebangsaan kepada semua warga Malaysia. Marilah sama-sama kita tanamkan rasa sayang dan cinta kepada tanah air kita. Semoga negara ini selamanya sejahtera dan terus maju.

Sumber : Ig Errafazira

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*